Harian Metro

Mila bukan Bad Mom

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Aktres jelita, Mila Kunis, 32, menegaskan dia tidaklah seperti wataknya dalam Bad Moms tetapi akui bukan juga ibu yang sempurna.

Bakal menimang cahaya mata kedua, Mila berkata, kesibukan dalam karier membuatkan dia kurang masa lapang bersama anaknya.

Katanya, selepas melahirkan Wyatt Isabelle pada Otober 2014, mula timbul rasa bersalah kerana terpaksa kembali bekerja.

“Tapi jangan terlalu menghukum diri sendiri walaupun dilanda perasaan bersalah. Saya pernah lalui situasi rasa bersalah apabila keluar bekerja.

“Saya berasa seperti gagal menjadi ibu yang baik kerana tidak dapat berada di samping anak dan melihat dia membesar,” katanya.

Mila akui pada mulanya sangat tertekan dengan keadaan itu, apatah lagi melihat ibu lain yang memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak mereka.

Bagaimanap­un, Mila ada cara untuk menebus semula rasa bersalahny­a itu. Katanya, apabila ada masa terluang, dia akan menumpukan 100 peratus perhatian kepada anaknya.

“Saya menganggap diri sebagai ibu yang baik kerana masih mempunyai masa dengan anak. Pada saya, ibu yang hebat adalah yang tidak bekerja dan semua perhatian hanya pada anak.

“Tapi tidak baik kita katakan diri kita tidak sempurna. Di dunia ini, tidak ada ibu yang sempurna. Mereka hanya boleh lakukan yang terbaik demi anak-anak.

“Saya akan cuba menjadi ibu yang baik untuk Wyatt dan akan pastikan anak saya tidak memerlukan pertolonga­n daripada orang lain selain ibunya,” katanya.

Berkahwin dengan Ashton Kutcher pada Julai 2015, Mila berkata, dia dan suami lebih menyayangi satu sama lain selepas bergelar ibu bapa.

Mereka kini memahami erti sebenar mengasihi seseorang tanpa batasan.

“Saya sering mendengar orang mengatakan begitu sebelum ini tetapi ketika itu kurang faham mengenai definisi sebenar serta tidak dapat merasakan perkara itu.

“Malah dulu saya percaya kasih sayang itu ada batasnya. Malah setiap perkara yang kita lakukan ada batasan. Seperti saya yang bekerja sebagai pelakon, keupayaan saya terhad.

“Tidak semua perkara saya dapat lakonkan dengan baik. Sebab itulah pentingnya kita memilih karakter yang sesuai dengan keupayaan.

“Begitu juga dalam hal mencintai seseorang. Saya berasakan dalam hal itu juga kita mempunyai batasan tertentu. Bagaimanap­un selepas melahirkan Wyatt, saya dapat rasakan kasih sayang terhadap anak tiada tandingan,” katanya.

Mila baru alami kasih sayang diberikan pada anak tidak mampu dijelaskan kerana ia tidak seperti apa yang dikatakann­ya dulu.

“Saya dan Kutcher kemudian memahami maksud sebenar mengasihi seseorang tanpa batasan. Kini kami berdua belajar saling mencintai tanpa batasan,” katanya.

Mila juga akui hubunganny­a dengan Kutcher bermula sebagai rakan sekerja kemudian menjadi kekasih dan berkahwin.

Katanya, mereka pernah bekerjasam­a dan menjadi rakan sekerja

Kesibukan dalam karier tak halang beri

sepenuh tumpuan pada anak

dalam tempoh yang sangat lama. Dari situ dia mengenali baik dan buruk Kutcher kerana ketika bersahabat, masing-masing menunjukka­n diri mereka yang sebenar. Bagaimanap­un, selepas bergelar kekasih,

Mila akui keadaan menjadi sedikit janggal tetapi semuanya berjalan lancar.

“Kutcher pernah bantu saya dalam persiapan berlakon dalam That 70’s Show. Ketika itu saya memandang dia hanya seorang lelaki biasa dan tidak ada apa yang boleh membuatkan saya rasa teruja.

“Kemudian dalam satu majlis anugerah, saya terpegun melihat seorang lelaki dan hati saya mengatakan lelaki itu sangat tinggi. Sebaik saja dia menoleh, saya terkejut kerana dia ialah Kutcher. Saya tidak percaya diri saya memujinya.

“Perkara itu menjadi sangat janggal tetapi kami akhirnya bercinta dan ia sebenarnya memudahkan komunikasi kami. Masing-masing sudah faham. Tidak ada apa lagi yang perlu kami lakukan untuk melalui proses perkenalan,” katanya.

Mila pernah berlakon dalam filem Friends

With Benefits manakala Kutcher pula dalam karya No Strings Attached. Kedua-dua filem itu mempunyai mesej yang sama iaitu individu yang tidak mahu terikat dengan pasangan mereka.

Katanya, kalau diingat semula kenangan lalu pasti membuatkan mereka ketawa seperti orang gila kerana sama-sama berlakon dalam cerita yang mempunyai mesej sama.

“Saya dan Kutcher setuju untuk sama-sama bergembira sepanjang percintaan kami. Tiga bulan selepas itu, kami tinggal bersama dan enam bulan kemudian bertunang seterusnya melahirkan Wyatt dan kami melangsung­kan perkahwina­n. Semua perkara itu terjadi tanpa dirancang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia