Harian Metro

Rentas

-

peminat AJS. Adik pun tidak mengenakan sebarang bayaran.

Bagi adik dan semua ahli kelab AJS, kami menerima kedatangan orang ramai yang sudi memeriahka­n majlis diadakan dengan tangan terbuka.

Terima kasih tak terhingga juga adik ucapkan kepada semua pihak penaja yang sudi memberi bantuan tidak kira dari segi wang ringgit, makanan, ruang foto dan sebagainya.

Doa adik, semoga Tuhan murahkan rezeki anda. Terima kasih juga kepada seluruh tenaga kerja daripada pasukan kelab peminat AJS yang sudi membantu untuk persiapan majlis dan lainlain.

Apapun, selesai saja majlis itu adik sempat lagi pergi membeli-belah saat akhir sebelum berangkat ke Jakarta untuk menghadiri sidang media Anugerah Planet Music 2016 (APM 2016).

Adik tidak hanya perlu menyiapkan segala keperluan pakaian untuk ke Jakarta tetapi untuk penerbanga­n seterusnya ke New Zealand pula.

Selepas Jakarta, adik berangkat ke New Zealand untuk menyiapkan penggambar­an filem Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali selama dua minggu.

Terus-terang, jadual kerja adik yang padat memang mencabar betul. Sampai tak sempat nak tidur dibuatnya.

Tapi, inilah namanya tanggungja­wab dan pengorbana­n.

Apapun, ketika ketibaan adik di

Jakarta ada insiden tak disengajak­an berlaku. Ketika menunggu untuk tuntutan bagasi, salah satu beg adik tak ada.

Lama juga adik menunggu hingga ke pejabat penuntutan bagasi kerana mereka mahu segala maklumat berkaitan ciri- ciri beg adik itu.

Apa yang sangat adik risaukan ialah barangan dalam beg berkenaan.

Ada beberapa barang props yang harus adik bawa ke New Zealand nanti.

Memang tak senang duduk adik dibuatnya. Namun, syukur selepas 10 jam menunggu akhirnya bagasi adik yang tercicir itu sampai juga ke Jakarta dan dihantar terus ke hotel adik menginap.

Nasib baik juga tiada barang yang hilang dan mengikut maklumat daripada pihak lapangan terbang, bagasi itu tercicir kerana tag diletakkan pada beg itu tercabut.

Jadinya, bahagian kru penerbanga­n tidak tahu siapa pemiliknya dan ke mana destinasi beg itu nak diterbangk­an. Mereka harus tunggu sehingga ada pihak penerbanga­n yang melaporkan kehilangan bagasi.

Melalui pengalaman ini, ingin adik kongsikan kepada anda semua sekiranya sesiapa mengalami kehilangan bagasi di kaunter tuntutan, cepat-cepatlah pergi membuat laporan.

Ketika menghadiri sidang media APM 2016 itu, ramai juga selebriti popular mewakili Indonesia yang hadir. Antaranya Afgan, Rizki Febian, Cakra Khan, Geisha dan ramai lagi.

Selebriti dari

Singapura pula ialah

Haris Baba, Aisyah Aziz dan Haikal. Mereka juga artis mewakili Singapura Paranormal Records.

Cuma adik dan Elizabeth Tan mewakili artis Paranormal Records dari Malaysia. Apapun, adik juga buat kali pertama menyanyika­n lagu Pencuri Hati versi dangdut.

Memang ketaq lutut habaq hang kata orang Utara. Di Indonesia, lagu dangdut memang jadi kebiasaan mereka. Syukur Alhamdulil­lah nampaknya lagu Pencuri Hati adik versi dangdut diterima baik.

Ramai juga tetamu yang sempat adik intai tak lepas peluang menari sakan. Tak percaya? Boleh tengok video di Facebook APM 2016. Bergoyang semua yuk!

Selepas sidang media itu tamat, adik sempat ke Plaza Senayan untuk makan nasi padang. Memang sedap tapi kemudian terus bergegas ke lapangan terbang untuk ke Auckland, New Zealand.

Disebabkan terlalu keletihan, adik tak sedar tertidur nyenyak sepanjang penerbanga­n kira-kira mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke destinasi dituju.

OK lah, sampai sini saja untuk minggu ini. Rasanya untuk coretan minggu depan, adik nak cerita mengenai sesi penggambar­an filem di Auckland.

Adik nak borak pengalaman kerja untuk penggambar­an di New Zealand. Apa pun, adik tak tipu Auckland adalah tempat yang tenang dan bersih.

Pemandanga­n memang cantik. Lelaki kacak? Rasa-rasanya adik masih mencari. Mana tahu, kalau dapat adik mungkin terus hantar ke Malaysia saja. Hahaha. Jumpa lagi minggu depan. #tenang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia