Harian Metro

‘Diterima seadanya, sudah memadai’

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Zamani tidak letak kriteria terlalu tinggi pada pilihan wanita idaman

Setiap manusia pasti memiliki impian untuk membina hidup berkeluarg­a. Begitu juga harapan vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44.

Ternyata Zamani tidak pernah menutup pintu hatinya buat seorang wanita. Apatah lagi mencintai wanita itu adalah fitrah bagi lelaki.

Mengulas soal cinta, Zamani yang kelihatan malumalu tetap tenang mengatur bicara. Katanya, perasaan kasih, sayang dan cinta itu memang sinonim dengan manusia.

Katanya, pada usia menjangkau 40-an dia masih ada keinginan untuk berkahwin dan memang ada impian untuk kehidupan sendiri.

“Cuma bilakah masa itu biarlah Tuhan yang tentukan. Soal jodoh bukan urusan kita. Sebagai hamba-Nya, saya yakin dengan segala perancanga­n sudah diatur Yang Maha Esa. Kini saya hanya mampu berdoa ia menjadi kenyataan,” katanya.

Menurut Zamani, dia tidak meletakkan kriteria terlalu tinggi pada wanita idamannya. Katanya, dia sangat bersyukur diterima seadanya.

“Pada usia yang sudah matang ini, ciri-ciri wanita yang saya inginkan cukup mudah. Diterima seadanya, sudah memadai bagi saya.

“Lagi pun siapalah saya untuk meletakkan kriteria terlalu tinggi. Tiada manusia yang sempurna. Jadi, saya sudah bahagia jika diterima seikhlas hati,” katanya.

Ditanya siapakah gerangan wanita yang berjaya menambat hatinya, Zamani berkata buat masa ini dia lebih selesa untuk tidak berkongsi cerita secara terbuka.

“Banyak hati yang perlu saya jaga dan utamakan. Jadi, cukuplah dengan pengakuan ringkas ini dan semoga impian saya jadi kenyataan.

“Apa yang pasti, restu keluarga tetap saya dahulukan. Saya mahu bukan hanya wanita itu saja yang menerima saya tetapi seisi keluargany­a juga,” katanya.

Berpegang pada kenyataan kalau ada jodoh pasti tidak ke mana, Zamani berkata setiap ketentuan Tuhan itu tiada siapa mampu menghalang.

Tatkala ditanya sejauh mana tahap pemulihan dirinya, Zamani yang makin berisi berkata, sokongan peminat menjadi pembakar semangatny­a.

“Keadaan diri saya sekarang makin bertambah baik. Apatah lagi jadual saya juga makin padat dengan pelbagai aktiviti seni yang diterima.

“Saya sangat berterima kasih kepada peminat yang sudi terus memberikan sokongan meskipun mereka tahu sisi kehidupan lalu saya yang gelap.

“Diterima baik masyarakat dan peminat adalah kekuatan buat diri saya untuk melupakan sejarah lalu. Terima kasih kerana memberi saya peluang,” katanya.

Mengenai kaedah yang menjadi terapi dirinya, Zamani berkata apa yang penting dia harus pastikan tidak berada dalam sebarang tekanan.

Menurut penyanyi kelahiran Pahang ini, dia seboleh-bolehnya akan pastikan diri bebas daripada tekanan dan berfikiran positif amat diutamakan.

Bersama kumpulanny­a, Zamani akan bergabung lagi menjayakan Konsert

Dua Dekad Slam Kembali Terjalin pada 3 S er ini. Persembaha­n t sangat istimewa itu berlangsun­g di Stadi

Tertutup Pasir Gudang, Joh

Katanya, konsert itu hadiah buat peminat sel kejayaan K nsert Kurni Slam di Ku la Lumpur p Mei lalu.

“Kami t dak menyang a peminat m sih setia menyokon Slam. Samb baik dan hebat yang i membuatkan Slam menghargai pelu yang kami ero akan berusaha persembaha­n te katanya.

Selain Z m kumpulan Sl ialah Shah i Halim atau pemain git (Ajak/gitar Masrani (L Ahmad (Ed Osman Kh

Slam ya pada 14 Jula kumpulan uz tanah air y ng mencetuska­n fe era 1990-an

Selama mewarnai tempatan, m cukup dike peminatny Indonesia.

Pernah enam album amat popu malar sega Gerimis Men Kau Rasa Geta Mungkin B r Kembali Terj

Antara al begitu men peminat ia

a

,

i e

,

,

, Kesan Terbukti (1995), Kembali Merindu (1996), Dalam Harapan (1998), Slamanja (2003) serta Menggapai Langit (2007) termasuk dua album konsert iaitu Slam Live Unplugged (1996) dan Slam Live

Unplu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia