Harian Metro

Tajuk tak sesuai cerita

-

FILEM: Dukun Doktor Dani ARAHAN: Sabri Yunus PELAKON: Taufik Batisah, Khatijah Tan, Amerul Affendi, Fasha Sandha, Sabri Yunus, Raysha Risroze, Allahyarha­m Yus Edoo GENRE: Drama komedi TAYANGAN: 28 Julai 2016 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Filem ini adalah debut kedua Sabri Yunus sebagai pengarah. Karyanya sebelum ini melalui telefilem banyak memberi kesan kepada penonton tetapi sayang dia belum kelihatan yakin untuk menginjak ke layar lebar.

Pertama sekali dari segi tajuk filem, Dukun Doktor Dani jujurnya tidak sesuai dengan genre. Sekali imbas, tajuk itu seolah menjurus kepada genre filem seram.

Judul sebenarnya turut memainkan peranan.

Filem CEO pada 2014 pernah melalui hal sama kerana judul yang terlalu serius menjadikan filem komedi yang menarik itu gagal menarik perhatian penonton.

Dari segi teknikal, kerja kamera masih kelihatan seperti karya untuk televisyen, terutama ‘framing’ pada babak tertentu.

Begitu juga dari segi solekan pelakon yang tidak bersesuaia­n dengan pencahayaa­n dan skrin layar. Sesekali pelakon tampak seperti solekan ‘opera Cina’ dek teknikal penggunaan kamera definisi tinggi.

Pun begitu, dari segi premis dan sinematogr­afi, filem ini boleh dibanggaka­n kerana menggunaka­n lokasi tepi pantai dan alam semula jadi sebagai pengisi visual.

Manakala dari segi lakonan, Taufik Batisah setakat okey sahaja dan tiada yang mampu memukau mata di layar. Lakonannya terlalu teknikal dan langsung tidak meyakinkan.

Begitu juga Raysha sebenarnya perlu menjalani lebih banyak latihan lakonan sebelum betulbetul diberi peluang untuk berlakon.

Watak Fasha sebagai Doktor Lily pula tiada yang boleh dibanggaka­n kerana tidak dikembangk­an dengan baik. Malah tidak mustahil jika dikatakan kehadiran Fasha tidak digunakan sebaik mungkin.

Mujurlah wujud beberapa pelakon terbaik seperti Khatijah Tan, Sabri Yunus, Sani Sudin, Yus Edoo dan Amerul Affendi yang banyak memberi nafas lega kepada penceritaa­n filem ini.

Malah pelakon baru,

Saidi Sabri, juga anak Sabri Yunus, jauh lebih baik dari segi momentum dan lontaran rasa dalam lakonan berbanding Taufik.

Walaupun dari segi teknikal lakonan dan produksi tidak mencapai piawaian diharapkan peminat filem, Sabri tetap mempunyai visi jelas dalam penceritaa­n filem ini yang dianggap mempunyai kritikan sosial tersendiri.

Bagi yang ingin memahami subjek yang disampai dan mencari cerita di sebalik cerita, rasanya Dukun Doktor Dani perlu ditonton sekurangku­rangnya dua kali.

Tapi jika tontonan kali pertama pun tidak mampu menarik perhatian, rumusannya tepuk dada tanya selera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia