Harian Metro

Jason Bourne hilang taring

-

FILEM: Jason Bourne ARAHAN: Paul Greengrass PELAKON: Matt Damon, Julia Stiles, Alicia Vikander, Tommy Lee Jones, Vincent Cassel

GENRE: Drama aksi TAYANGAN: 28 Julai 2016 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Francais Bourne bermula dengan The Bourne Identity pada 2002, The Bourne Supremacy (2004) kemudian The Bourne Ultimatum (2007). Ia tidak termasuk The Bourne Legacy (2012) sebab pelakon asal, Matt Damon tiada dalam rendisi itu.

Rendisi pertama pada 2002 dianggap filem aksi terbaik pernah dihasilkan dan ia boleh dikatakan memberi impak tersendiri kepada peminat filem aksi waktu itu.

Malangnya selepas sedekad, Jason Bourne rendisi ini bagai hilang taringnya. Peminat filem ini sedari dulu akur watak itu sangat legenda sebab dia

seorang yang licik, tepat dan bijak.

Tapi untuk filem ini, skrin layar banyak membazir pada babak dan visual yang tidak perlu. Contohnya, shot orang sedang berjalan atau menulis dengan cepat.

Apabila masuk babak aksi, ia seolah tiada rasa, tiada keterujaan seperti menonton filem Mission: Impossible atau Fast and Furious.

Kebanyakan karakter tidak diberikan motivasi dan personalit­i yang mencukupi. Malah pendedahan keterlalua­n pada karakter atau babak tidak perlu, membuatkan penonton mulai bosan.

Dari segi dialog juga begitu. Ia tiada arah dan hilang daya tarikan untuk membuatkan penonton teruja mendengarn­ya.

Pun begitu, Jason Bourne masih relevan dan efisien sebagai bahan tontonan mereka yang mahukan filem aksi dengan kerja kamera ‘pseudo-frontline’ ala-ala doku.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia