Harian Metro

Kali ketiga paling memuaskan

-

Antara mereka bertiga, Ikhwan paling senior dan mempunyai 10 tahun pengalaman menjadi penyampai bersama Hot FM dan kini Kool FM.

Ikhwan atau Mohd

Khairul Ikhwan Rosli akui pengalaman berenang bersama ikan pari Manta Ray adalah pengalaman tidak dapat dilupakan selama seharian di Nusa Lembongan, Bali.

“Ini kunjungan ketiga saya ke Bali. Syukur ketigatiga ‘trip’ ditaja sepenuhnya pengurusan RRMP. Sebelum ini untuk ‘team-building’, kemudian bersama klien dan kali ini dengan media pula untuk rapatkan silaturahi­m.

“Saya suka ke Bali sebab kepelbagai­an budaya dan mendengar sendiri cerita daripada masyarakat setempat mengenai sejarah serta keunikan Bali, seperti syarat dan terma yang perlu dipatuhi apabila berkunjung ke bangunan bersejarah mereka,” katanya.

Walaupun tiga kali ke Bali, Ikhwan akui kunjungan kali ini lebih bermakna sebab berpeluang melakukan aktiviti snorkling di dua lokasi menarik berhampira­n Nusa Lembongan.

Biarpun mabuk laut dek ombak kuat, ia dilupakan begitu sahaja apabila kali pertama dapat mendekati spesies pari Manta yang berenang bebas di situ.

Selain itu, pengalaman meneroka keindahan kawasan hutan paya bakau di sekitar kepulauan itu juga memberi kesan tenang buatnya yang gemar menikmati alam semula jadi.

“Waktu relaks, saya memang suka teroka alam semula jadi dan melakukan aktiviti laut. Sesekali saya akan bermain parasailin­g atau ski jet.

“Selebihnya, di rumah saya lebih suka membaca atau bermain permainan video terutama PlayStatio­n,” katanya.

Bagi Ikhwan, aktiviti dilakukan bersama rakan penyampai lain adalah aktiviti yang merapatkan hubungan sesama mereka.

Dia juga tidak menolak kemungkina­n untuk melakukan kunjungan bersama rakan penyampai secara sendiri, bukan atas tuntutan kerja seperti dilakukan minggu lalu.

 ??  ?? TEROKA alam semula jadi dan budaya
sekitar Nusa Lembongan, Bali.
TEROKA alam semula jadi dan budaya sekitar Nusa Lembongan, Bali.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia