Harian Metro

Suami cinta pertama, utama

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Dahlia mula hidup berumah tangga bersama Shafiq tanpa ibu di sisi

Meskipun memiliki pakej tinggi lampai dan jelita, pengacara TV HLive, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, mengakui tidak pernah bercinta sebelum bertemu dengan suaminya.

Dahlia bertemu jodoh dengan lelaki pilihan, eksekutif pemasaran permotoran, Shafiq Ismet, 26, dan mereka selamat dinikahkan pada 23 Julai lalu.

Kata Dahlia, memang tiada lelaki pernah menambat hatinya untuk menjalin hubungan serius apatah lagi dia sangat rapat dengan ibunya, Noorul Faridah Ismail.

“Saya anak emak. Walaupun dalam keluarga saya anak ketiga daripada lima beradik, hubungan dengan ibu memang rapat.

“Justeru, lelaki yang nak berkawan dengan saya kena benar-benar faham serta boleh menerima keadaan ini. Saya akan senantiasa utamakan ibu.

“Dalam tempoh tiga tahun berkawan rapat, ternyata Shafiq sangat sabar dengan saya. Bahkan dia juga tak pernah ganggu masa saya bersama ibu,” katanya.

Kata Dahlia, Shafiq juga sangat memahami dirinya yang sibuk menggalas dua tanggungja­wab kerja sebagai pengacara dan penerbit program.

Kini dia ada satu lagi tanggungja­wab sebagai isteri. Dahlia akui berat untuknya memulakan kehidupan sendiri tanpa ibu di sisi.

“Sebagai isteri, saya tahu tanggungja­wab dan komitmen kini harus tertumpu pada suami. Oleh itu, saya perlukan masa untuk sesuaikan diri.

“Kesan untuk mulakan hidup berjauhan daripada ibu agak mendalam buat saya. Namun, saya harus akur kerana status sebagai isteri,” katanya.

Mengenai destinasi bulan madu, Dahlia berkata, dia dan suami belum lagi memikirkan perkara itu kerana mereka terikat dengan komitmen kerja. Lagi pun dia dan Shafiq ada perancanga­n sendiri.

“Biar semuanya dirancang satu persatu dan tidak perlu terburu-buru. Kami juga akan memastikan meskipun sekarang sudah berstatus suami dan isteri, pada masa sama kami masih sahabat baik,” katanya.

Menurut Dahlia, dia dan suami lebih suka berbincang mengenai apa saja masalah termasuk saling bertukar fikiran. Katanya, komunikasi dua hala amat penting.

Bagi Shafiq, dia menganggap pertemuan dengan Dahlia amat bermakna kerana wanita itu berjaya membentuk dirinya ke arah lebih baik.

“Sebelum kenal Dahlia, saya seorang yang nakal. Bagaimanap­un, saya tak sangka mampu jadi penyabar sepanjang berkawan dengannya.

“Dahlia saya anggap wanita tegas dan sangat mengutamak­an keluarga. Hubungan rapat dia bersama ibunya membuatkan saya banyak beralah.

“Saya sangat hormati kasih sayang Dahlia pada ibu bapanya. Jadi, saya memang takkan ganggu pun masa dia bersama ibu atau keluarga,” katanya.

Menurut Shafiq, sebagai suami dia juga takkan menghalang Dahlia untuk terus aktif dalam karier sebagai pengacara. Katanya, dia akan sentiasa memberi sokongan.

“Cuma Dahlia kena bijak dalam membahagik­an masa di antara rumah tangga dan karier. Apa pun, saya yakin Dahlia mampu melakukann­ya,” katanya.

Shafiq juga akui tidak merancang soal anak sebaliknya menyerahka­n urusan itu kepada Yang Maha Esa. Katanya, kalau boleh dia dan Dahlia mahu menjalani kehidupan berdua lebih dulu sebelum memiliki zuriat.

“Kami hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan,” katanya.

Pada majlis pernikahan mereka baru-baru ini, Shafiq menyerahka­n tiga dulang hantaran kepada Dahlia dan dibalas dengan lima dulang.

Pasangan ini yang dinikahkan bapa Dahlia, Mohd Amin Omar di hadapan jurunikah, Ustaz Mohd Azri Mohd Kamil, juga sepakat tidak memaklumka­n jumlah wang hantaran manakala mas kahwinnya RM90.

Majlis persanding­an mereka berlangsun­g malam ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia