Harian Metro

Rahsia mudah kekal popular

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Artis datang dan pergi tetapi masih ramai yang pernah mengecapi populariti pada zaman mereka, terus diingati dan terus giat mengharung­i bidang seni.

Malah ramai juga beralih kepada perniagaan sebagai sumber pendapatan utama tetapi waktu sama, wajah dan kelibat mereka masih dilihat memenuhi undangan majlis hiburan.

Dua penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza Ibrahim, 55, dan Datuk Malek Riduan, 58, antara contoh artis yang terus diingati hingga kini.

Ibnor yang popular menerusi lagu Mimpi Yang Tak Sudah masih terus menyanyi sedari lebih 30 tahun lalu. Katanya, dia tidak langsung berhenti menyanyi dan sentiasa memenuhi undangan persembaha­n.

“Sepanjang Syawal ini, undangan membuat persembaha­n merentasi sehingga Singapura dan Brunei. Syukur alhamdulil­lah sebab, menjadi antara penyanyi yang tidak pernah putus tawaran menyanyi.

“Ia satu rahmat kerana saya tiada kerja lain selain menyanyi,” katanya.

Sejak memulakan kerjaya seni pada 1986,

Ibnor antara insan bertuah yang kekal berdiri sehingga kini bersama beberapa rakan seangkatan lain yang masih aktif membuat persembaha­n.

Ibnor pentingkan disiplin serta sikap rendah diri supaya sentiasa diterima masyarakat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia