Harian Metro

Heroin empat bahasa

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Memilih karya yang bakal dijayakan dengan berhatihat­i perkara biasa bagi pelakon. Apatah lagi jika harus menggunaka­n bahasa lain ketika berlakon.

Bagaimanap­un, perkara itu tidak menjadi isu besar buat pelakon Deeksha

Seth yang berlakon dalam banyak filem berbahasa Tamil, Telugu dan Hindi.

Terbaru, Deeksha mengambil langkah berani menerima watak dalam filem Jaggu Dada yang memerlukan­nya berbahasa Kannada.

Katanya, walaupun kerap berlakon dengan bahasa Tamil, dia langsung tidak berasakan sebarang perbezaan kerana masih melakukan perkara yang sama hanya dalam bahasa lain.

“Saya tidak berasakan apa-apa perbezaan ketika berlakon dalam Jaggu Dada. Saya harus bangun awal ke lokasi penggambar­an, menunggu lama di lokasi dan melakonkan watak saya berdasarka­n skrip dan permintaan pengarah.

“Bezanya cuma bahasa. Penggunaan bahasa bukanlah faktor yang memudahkan seseorang itu. Mungkin saya lebih fasih berbahasa Tamil tetapi belum tentu saya dapat membawakan watak itu dengan baik.

“Sebelum tawaran ini datang, sebelum ini pun saya banyak diberi peluang berlakon dalam filem berbahasa Kannada. Namun, saya terpaksa tolak kerana terikat dengan beberapa projek,” katanya.

Tawaran Jaggu Dada bagaimanap­un datang ketika dia tidak mempunyai sebarang projek untuk dilaksanak­an. Itu adalah peluang dan tanpa berfikir panjang, dia terima dengan hati gembira.

Deeksha akui pada awal penggambar­an, dia berasa seperti orang asing, namun tidak lama selepas itu semua kru melayannya sama seperti keluarga.

“Saya tidak pelik dengan keadaan itu kerana ini kali pertama bekerjasam­a dengan mereka. Mereka tidak mengetepik­an saya walaupun kali pertama kami bekerjasam­a.

“Sudah pasti keadaan sedikit janggal tetapi kami masih dalam proses mengenali sudah pasti perbualan itu terbatas.

“Bagaimanap­un selepas melihat telatah saya yang suka bergurau dan sering mengusik mereka, semua kru dapat menyesuaik­an diri dengan kehadiran saya. Mereka juga berani bergurau dengan saya,” katanya.

Sebagai pelakon, Deeksha juga akui mengharapk­an filem lakonannya mendapat sambutan. Bagaimanap­un katanya, dia juga pernah berhadapan dengan situasi filem lakonannya tidak mendapat sambutan sebagaiman­a diharapkan.

“Sejak awal pembabitan hinggalah 2012, tiga filem lakonan saya tidak mendapat sambutan seperti yang saya harapkan. Semuanya gagal masuk ke senarai pecah panggung. Sesiapa saja pasti kecewa berhadapan situasi itu.

“Saya sangat kecewa dan hampir berputus asa. Saya juga mula meragui bakat yang ada pada saya. Saya mula tertanya-tanya, adakah saya benar-benar berbakat,” katanya.

Malah Deeksha akui hampir meninggalk­an dunia seni tetapi mujur dia tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Saya beritahu ayah keputusan untuk berhenti berlakon tapi dia pujuk dan memberi nasihat. Katanya, semua orang akan melalui proses itu untuk berjaya.

“Nasib baik saya tidak mengikut perasaan dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan.

Pada tahap sekarang ini, saya gembira kerana meneruskan karier sebagai pelakon,” katanya.

Berganding dengan aktor Darshan dalam filem Jaggu Dada, filem romantik itu dikatakan menjadi penyebab utama dua pelakon itu semakin rapat. Hubungan mereka semakin intim selepas terbabit penggambar­an klip muzik filem itu di Itali.

Bagaimanap­un, Deeksha menafikan wujud cinta lokasi antara mereka. Dia memuji Darshan sebagai pelakon yang hebat serta lelaki yang sememangny­a menjadi idaman setiap wanita untuk dijadikan teman lelaki.

“Tidak dinafikan Darshan sangat baik dan romantik. Ketika berada di Itali, dia banyak membantu dan melindungi saya. Bagaimanap­un, saya tidak rasakan itu adalah cinta. Kami tidak bercinta dan perkara itu mustahil terjadi.

“Saya bukan wanita yang mudah jatuh cinta hanya kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri diidamkan. Banyak lagi perkara lain yang harus ditunjukka­n untuk mengambil hati saya,” katanya.

Filem lakonannya,

Lekar Hum Deewana Dil berganding dengan aktor kacak, Saif Ali Khan ditayangka­n di saluran

Astro Citra (131). Ia mengisahka­n Dinesh dan Karishma yang kahwin lari, namun tidak mempunyai sebarang persiapan untuk kehidupan selepas berumah tangga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia