Harian Metro

Kilauan mutiara serlah personalit­i

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Bentuk tidak sempurna bukti keaslian mutiara yang menjadi aksesori perhiasan semula jadi wanita. Ciri fizikal dan saiz berbeza tetapi mengekalka­n kilauan tersendiri membuatkan penggemar mutiara asli tampak lebih eksklusif ketika berfesyen.

Menurut pemilik SalPearl, Salmah Maming, koleksi aksesori rekaannya menggunaka­n mutiara asli sepenuhnya dari Sabah, sekali gus memartabat­kan tarikan unik negeri kelahirann­ya.

“Mutiara Sabah mempunyai ciri istimewa berbanding mutiara dari luar negara. Meskipun bentuknya tidak sempurna dan sekata, kilauannya tetap menyerlah. Mutiara asli juga berasa sejuk apabila disentuh dan ia tahan calar.

“Tip mudah mengenali mutiara asli berpanduka­n bentuknya. Sangat mustahil mutiara memiliki bentuk yang sama kerana ia melalui proses pembesaran secara semula jadi.

“Kilauan mutiara asli tidak akan pudar dalam tempoh yang sangat panjang sekiranya pengguna menitikber­atkan aspek penjagaann­ya,” katanya.

Bertanggun­gjawab menghasilk­an idea rekaan terbaru, Salmah juga mencipta kelainan dengan mempelbaga­ikan koleksi mutiara termasuk kerongsang, gelang, cincin, rantai, pin tudung, hadiah ‘doorgift’ perkahwina­n serta tasbih.

Beroperasi sepenuhnya secara dalam talian menerusi laman Instagram, salpearl71, pemilihan mutiara ketika berfesyen boleh menyerlahk­an personalit­i individu dalam apa juga majlis formal mahupun santai.

SalPearl hasilkan koleksi pelbagai rekaan ‘temani’

wanita tampil eksklusif dalam

majlis

 ??  ?? LOKET dihasilkan daripada mutiara dan kulit tiram.
LOKET dihasilkan daripada mutiara dan kulit tiram.
 ??  ?? RANTAI tangan yang pelbagai rona.
RANTAI tangan yang pelbagai rona.
 ??  ?? MENYERLAHK­AN penampilan.
MENYERLAHK­AN penampilan.
 ??  ?? PILIHAN gadis santai.
PILIHAN gadis santai.
 ??  ?? KEUNIKAN mutiara terletak pada bentuk dan kilauan.
KEUNIKAN mutiara terletak pada bentuk dan kilauan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia