Harian Metro

Tak sesal pilih Malaysia

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Syed Mahbubul dapat tawaran belajar di Jerman tapi lebih

gemarkan negara Islam

Perkenalan secara tidak langsung dengan wanita tempatan gara-gara tersalah nombor telefon, akhirnya menukarkan status bujang dipegang Syed Mahbubul Alam Al Hasani kepada gelaran suami.

Lelaki Bangladesh ini menyifatka­n golongan wanita di Malaysia lebih terbuka dan mudah untuk berkomunik­asi berbanding sikap tertutup kebanyakan wanita di negara asalnya.

Baginya, sikap berdikari dan ciri ‘maskulin’ membuatkan wanita Malaysia berdaya maju seiring golongan lelaki, serta biasa terbabit membuat keputusan. 2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Malaysia dikategori­kan dalam negara yang popular dalam kalangan masyarakat saya.

Banyak perkara yang saya ketahui seperti negara yang cantik dan kaya dengan keindahan semula jadi, penduduk yang baik, tiga kaum utama mendiami Malaysia, paling penting, mudah mendapatka­n makanan halal.

3. Cabaran yang anda hadapi selama berada di Malaysia?

Seperti orang lain, semestinya komunikasi terhad kerana perbezaan bahasa. Permulaann­ya, saya mengikuti bahasa Inggeris dan kemudianny­a, secara tidak langsung mempelajar­i bahasa Melayu daripada isteri dan rakan.

Oleh kerana sebelum ini, saya pernah menjadi guru sambilan, pelajar juga menjadi ‘guru tidak rasmi’ buat saya.

4. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan di Malaysia?

Mengahwini isteri yang berasal dari Kelantan pada

2012 antara memori indah saya berada di Malaysia. Dianugerah­kan isteri yang setia dan menerima saya seadanya benar-benar membuatkan saya rasa bersyukur.

5. Lokasi kegemaran anda?

Terengganu, kerana ia kaya dengan ciri dan budaya Islam. Saya juga mengagumi Masjid Kristal di Kuala Terengganu.

6. Makanan tempatan pilihan anda?

Asam pedas ikan patin.

7. Malaysia pada kaca mata anda?

Malaysia negara yang hebat!

 ?? FOTO: ?? FAKTOR Islam membuatkan Syed Mahbubul datang
ke Malaysia.
FOTO: FAKTOR Islam membuatkan Syed Mahbubul datang ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia