Harian Metro

Banyak sos tambah lazat

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Pernahkah anda makan di restoran yang menyediaka­n lebih 10 sos berbeza untuk satu hidangan? Jika belum, anda patut cuba konsep baru yang dibawa pemilik restoran The Gravy Factory.

Menurut pemiliknya,

Iza Ramli, 38, idea menghasilk­an pelbagai jenis sos itu timbul selepas melihat ‘selera’ makan rakyat Malaysia yang suka mencuba sesuatu menu baru dengan pelbagai rasa.

“Di The Gravy Factory, kami menyediaka­n lebih 16 jenis sos seperti black pepper, lemon mint, thousand island, BBQ, manggo mayo, caesar, mushroom, lemon butter dan sebagainya.

“Selain makanan Barat, kami juga menyediaka­n masakan Hainan yang sesuai dimakan dengan variasi sos yang disediakan. Pelanggan boleh memilih sos apa yang dimahukan mengikut pilihan masingmasi­ng,”katanya.

Selain untuk tujuan makan, The Gravy

Factory juga menerima tempahan sambutan hari jadi, majlis korporat dan majlis tertentu yang dapat memuatkan 140 orang dalam satu masa.

Menariknya, kawasan yang luas serta pemandanga­n ibu kota di bahagian luar restoran antara faktor yang membuatkan orang ramai lebih suka menghabisk­an masa di sini.

“Setiap hari, kami menerima kunjungan yang tidak putus terutama pada hari bekerja. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan apa yang dibayar.

“Restoran ini juga sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarg­a kerana tempat yang disediakan sangat luas dan selesa. Sambil menikmati hidangan, pelanggan juga boleh ‘menikmati’ keindahan Kuala Lumpur terutama pada waktu malam,”katanya.

The Gravy

Factory sedia lebih 16 pencecah

nikmati hidangan Barat, Hainan

 ??  ?? SOS menjadikan hidangan di restoran ini berbeza dengan yang lain.
SOS menjadikan hidangan di restoran ini berbeza dengan yang lain.
 ??  ?? ANTARA hidangan di The Gravy Factory. Idea menghasilk­an pelbagai jenis sos itu timbul selepas melihat ‘selera’ makan rakyat Malaysia yang suka mencuba sesuatu menu baru dengan pelbagai rasa
ANTARA hidangan di The Gravy Factory. Idea menghasilk­an pelbagai jenis sos itu timbul selepas melihat ‘selera’ makan rakyat Malaysia yang suka mencuba sesuatu menu baru dengan pelbagai rasa
 ??  ?? PENCUCI mulut yang senantiasa menjadi
pilihan pelanggan.
PENCUCI mulut yang senantiasa menjadi pilihan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia