Tampil garang dan berkuasa
Pakej luar biasa KTM 1290 Super Duke GT
standard seperti kawalan jelajah elektronik, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), pemegang dengan ciri pemanas haba dan lampu belok LED.
Selain itu, ia dilengkapi ‘Hill Hold Control’ dan Regulasi Gelincir Motosikal berfungsi bagi menghalang roda belakang kehilangan cengkaman.
Ia menggunakan enjin dua silinder bersesaran 1,301cc yang berkeupayaan mengembara jarak jauh dengan bantuan kapasiti tangki bahan api sehingga 23 liter.
Sementara itu, Pengerusi Eurotech Manufacturer
Sdn Bhd, Datuk Seri Syed Badlishah Syed Putra Jamalullail berkata, pihaknya menyasarkan jualan sehingga 200 unit bagi model berkenaan sebelum hujung tahun ini dan yakin ia adalah produk terbaik.
“Dengan menggabungkan jenama KTM yang diimport sepenuhnya (CBU) dan pemasangan tempatan (CKD) di bawah satu bumbung, kami akan mengembangkan lagi rangkaian ini di seluruh negara.
“Kami mempunyai lima pengedar sebelum merancang membuka antara 10 sehingga 15 lagi sehingga hujung tahun ini,” katanya.
KTM 1290 Super Duke GT ditawarkan hanya satu varian dengan harga jualan RM125,080 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).