Harian Metro

Lima pemenang Selfie S&W

- Erywan Norshal erywan@hmetro.com.my

Lima pemenang terpilih dalam peraduan Selfie

Speed & Wheels (S&W) iaitu majalah digital interaktif permotoran terbitan The

New Straits Times Press

(M) Berhad (NSTP) yang diadakan sepanjang edisi pertama hingga ketiga (April hingga Jun 2016).

Pemenang utama memenangi telefon pintar Samsung A7 2016 diikuti empat yang lain membawa pulang topi keledar Givi bernilai RM850 setiap satu.

Nama mereka akan disiarkan dalam edisi kelima S&W pada 1 Ogos ini, selepas gambar mereka dinilai hasil kreativiti serta slogan yang disertakan.

Selain itu, edisi kelima S&W akan menampilka­n beberapa elemen menarik membabitka­n pandu uji generasi terakhir Land Rover Defender serta mendekati gadis kacukan Jepun dan Cina, Yulina Tan Jad yang aktif dalam dunia motosikal berkuasa tinggi.

Yulina baru berusia 24 tahun yang juga penuntut, personalit­i radio, duta produk, pelakon dan model sambilan dalam paparan segmen Women On Wheels.

Selain itu, Tech

S&W membincang­kan berhubung suspensi bagaimana ia berfungsi bagi memberi pengendali­an serta keselesaan kepada kenderaan.

Bagi segmen restorasi pula, S&W edisi kali ini menampilka­n Mini klasik yang memiliki kuasa enjin hampir 300hp dengan jumlah ubah suai mencecah RM80,000.

Sementara itu, pembaca S&W yang terlepas peraduan selfie S&W boleh menyertai peraduan selfie baharu di mana S&W menawarkan motosikal Benelli TnT25 berharga lebih RM13,000 tidak termasuk GST sebagai hadiah utamanya diikuti empat topi keledar Givi bernilai RM850 dan barangan Coleman.

Mereka yang berminat untuk menyertai peraduan itu perlu memuat turun secara percuma aplikasi S&W di telefon pintar atau tablet melalui platform iOS dan Android.

 ??  ?? JENTERA Renault R.S. 16.
JENTERA Renault R.S. 16.
 ??  ?? EMPAT topi keledar Givi bernilai RM850.
EMPAT topi keledar Givi bernilai RM850.
 ??  ?? MUAT turun S&W untuk mengetahui
nama pemenang.
MUAT turun S&W untuk mengetahui nama pemenang.
 ??  ?? HADIAH utama Samsung A7.
HADIAH utama Samsung A7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia