Harian Metro

Lihat jentera F1 Renault

-

Peminat tegar Formula Satu (F1) boleh melihat secara dekat model Renault R.S. 16 F1 2016 yang dipamerkan di beberapa bilik pameran terpilih Renault sempena siri jelajahnya sehingga 28 Ogos ini.

Model replika itu hadir dengan pelekat berwarna kuning dan hitam seperti jentera Renault R.S. 16 F1 2016, selain pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC) menganjurk­an pelbagai aktiviti sepanjang hujung minggu kepada orang ramai.

Orang ramai juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut dan memandu uji rangkaian penuh kereta Renault membabitka­n model Captur, Fluence dan Clio GT Line.

Pelanggan yang menyertai sesi pandu uji akan menerima hadiah dan layak memenangi hadiah bulanan untuk membawa pulang model kenderaan Renault Sport eksklusif.

Siri jelajah jentera Renault R.S. 16 F1 2016 adalah sebahagian daripada kempen ‘Renault - Motorsport­s Is in Our DNA’.

Pada hujung minggu ini, siri jelajah jentera Renault R.S. 16 F1 diadakan di pusat beli-belah Setapak Central Shopping Center, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia