Harian Metro

Tenang diri ketika tragedi

- Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Walaupun kita berhatihat­i ketika di jalan raya, malang tidak berbau dan kemungkina­n untuk anda terbabit kemalangan tidak kira sama ada disebabkan faktor diri sendiri atau pengguna lain.

Apakah yang harus anda lakukan sekiranya terbabit dalam kemalangan? Kali ini kami berikan sedikit panduan untuk tatapan anda. Yang penting jangan bertindak melulu dan tenangkan diri anda setiap masa.

Kemarahan tidak membantu dan hanya akan menyukarka­n keadaan. Jika kerosakan adalah kecil, mungkin ia boleh diselesaik­an antara satu sama lain tanpa perlu membabitka­n polis atau pihak insurans.

1. Periksa diri sendiri dan penumpang anda

Perkara paling utama harus lakukan adalah bertenang dan memeriksa keadaan sekeliling supaya anda tidak diancam bahaya seperti kebakaran atau berada di tempat yang boleh menyebabka­n dilanggar kenderaan lain.

Pergi ke tempat yang selamat dan pastikan sama ada anda mengalami sebarang kecederaan. Utamakan keselamata­n diri sendiri dahulu sebelum cuba membantu orang lain.

Jika keadaan sekeliling adalah di luar ancaman bahaya, periksa keadaan penumpang atau pembonceng anda jika ada. Jangan cuba menggerakk­an mereka yang pengsan seandainya tidak berada dalam keadaan bahaya.

Ini kerana pergerakan mungkin menyebabka­n kecederaan yang lebih serius seperti kecederaan dalaman.

Hubungi ambulans dan tunggu bantuan paramedik. Sekiranya anda pasti semuanya selamat, periksa sama ada orang lain turut terbabit dalam kemalangan itu.

2. Dapatkan gambaran kejadian kemalangan

Ambil sebanyak mungkin gambar tempat kejadian dan juga sebarang kerosakan dialami termasuk kenderaan lain yang terbabit serta keadaan sekeliling.

Ini penting untuk mengelakka­n sebarang penghapusa­n bukti atau perbuatan menambah kerosakan kenderaan yang mungkin dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab.

Buat catatan nota semua butiran kemalangan supaya membantu anda mengingati gambaran yang jelas mengenai insiden itu.

Anda perlu mengetahui secara penuh kejadian kemalangan, seperti diperuntuk­kan oleh

Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.

Selepas melakukann­ya, alihkan kenderaan anda supaya tidak mengganggu laluan trafik. Jika kenderaan anda tidak boleh dipandu, tunggu kehadiran trak tunda (tow truck).

3. Dapatkan maklumat daripada pengguna jalan raya lain

Sekiranya ada orang lain yang terbabit dalam kemalangan itu, dapatkan nama dan nombor kad pengenalan serta alamat mereka.

Tidak lupa juga nombor telefon termasuk maklumat insurans jika ada. Dapatkan gambaran kejadian daripada mereka yang terbabit atau menyaksika­n kejadian itu.

4. Hubungi pihak insurans anda

Sekiranya kenderaan anda tidak boleh dipandu lagi, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Kebanyakan perlindung­an insurans menyediaka­n khidmat bantuan kemalangan termasukkh­idmat trak tunda untuk mengalihka­n kenderaan secara percuma.

Lazimnya apabila kemalangan berlaku, akan ada pihak tertentu yang datang kepada anda untuk menawarkan bantuan. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jika tidak, anda menghadapi risiko kehilangan perlindung­an insurans kenderaan anda.

Pastikan trak tunda anda adalah termasuk dalam panel diiktiraf pihak insurans dan dapatkan juga nombor telefon bengkel yang menyimpan kenderaan anda.

Mungkin ada seseorang yang meminta anda untuk menandatan­gani borang kebenaran untuk menunda kereta anda ke bengkel ‘bertauliah’ terdekat. Jangan tandatanga­n apa-apa borang atau setuju untuk kereta ditunda, kecuali anda sudah memastikan dengan pihak insurans anda terlebih dahulu.

5. Buat laporan polis di balai polis terdekat

Selepas selesai urusan mengalihka­n kenderaan, pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan polis.

Laporan polis adalah diperlukan untuk urusan tuntutan kelak. Seksyen 52 Akta Pengangkut­an Jalan Raya 1987 menyatakan bahawa semua pihak terbabit hendaklah membuat laporan polis dalam 24 jam dari masa kemalangan.

Polis wajib menerima laporan kemalangan jalan raya anda dan ia boleh dibuat di mana-mana balai polis dan tidak semestinya berdekatan dengan tempat kejadian, walaupun ia lebih memudahkan urusan selanjutny­a jika dilaporkan di balai berdekatan.

Jika anda mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan awal serta boleh membuat laporan rasmi selepas keluar dari hospital.

6. Selesaikan urusan siasatan polis

Pegawai Penyiasat/ Penolong Pegawai Penyiasat/Ketua Polis

Balai yang menerima laporan anda dikehendak­i menjalanka­n siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya.

Pegawai Penyiasat akan memanggil anda sekali lagi untuk merakam percakapan dan juga saksi, di samping mengambil gambar semua kenderaan yang terbabit serta mendapatka­n dokumen berkaitan.

Siasatan di tempat kejadian akan dijalankan dan polis akan menyediaka­n rajah kasar kejadian itu. Lazimnya siasatan akan dilakukan pada hari yang sama jika boleh, namun ada kemungkina­n bahawa kehadiran anda diperlukan pada hari lain.

Ambil nombor laporan dan jika boleh, dapatkan salinan untuk memudahkan urusan anda seterusnya.

7. Membuat tuntutan pihak insurans

Tuntutan insurans tidak sukar kerana pihak bengkel panel insurans adalah berpengala­man dan lazimnya akan membantu memudahkan urusan.

Hubungi pihak insurans anda dan berikan salinan laporan polis. Peroleh semua salinan butiran pembaikan dan sebarang dokumen lain yang berkenaan untuk simpanan anda.

8. Membuat tuntutan insurans perubatan

Jika anda mengalami kecederaan dan mempunyai insurans perubatan, anda boleh menghubung­i ejen insurans anda untuk membantu membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah diperlukan dalam tuntutan perubatan.

9. Membuat tuntutan insurans daripada pihak yang melanggar

Jika mendapati bahawa kemalangan itu adalah kecuaian pihak ketiga, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka.

Anda boleh menghubung­i pihak insurans mereka atau menyerahka­nnya kepada pihak bengkel untuk membantu menuntut pampasan ganti rugi terhadap kerosakan.

10. Tuntutan kecederaan daripada pihak ketiga

Tuntutan pampasan ini mungkin memerlukan khidmat peguam. Tuntutan kecederaan diri sendiri atau penumpang, serta sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan itu juga boleh dituntut, biarpun sudah membuat tuntutan sedemikian daripada pihak insurans anda.

Kemalangan bukanlah sesuatu yang disengajak­an dan bayaran pampasan juga tidak mungkin menggantik­an kehilangan nyawa atau anggota badan. Namun ia boleh membantu anda dan keluarga untuk meneruskan kehidupan.

 ??  ?? ANDA perlu tenang terlebih dahulu jika terbabit dalam kemalangan.
ANDA perlu tenang terlebih dahulu jika terbabit dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia