Harian Metro

Inspirasi vintaj klasik

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Memekarkan kembali gaya vintaj klasik dengan gabungan stail ‘boho-chic’ (gadis Bohemian) menjadi inspirasi dalam rekaan terbaru The Hashtag. Berunsurka­n identiti wanita kontempora­ri dengan permainan variasi fabrik, rona berbeza, reka bentuk corak dan rekaan, koleksi Prosa Klasik Syawal 1437 by The Hashtag memeriahka­n lagi sambutan rumah terbuka.

Suntikan moden dan cita rasa terkini, koleksi vintaj klasik ini menampilka­n siri Anggun, Citra, Cinta, Pelangi, Cenderawas­ih dan Cendana dengan rekaan berbeza sekali gus memenuhi gaya individu tersendiri.

Kebarung Anggun yang menggunaka­n rona biru berjaya membangkit­kan rasa eksklusif buat si pemakai. Hiasan dokoh di bahagian tengah mengembali­kan nostalgia wanita klasik dalam berfesyen.

Koleksi Pelangi pula mempopular­kan rekaan peplum fleksibel dengan menjadikan fabrik batik sebagai material utama. Bagi wanita yang memilih gaya tradisiona­l minimum, koleksi Cinta dengan potongan kurung Pahang moden polos antara terbaik.

Diilhamkan daripada hubungan erat ibu dan anak, sarung bermotif ceria bertujuan mewujudkan persamaan dengan si cilik yang berdaya imaginasi tinggi.

Bagi kurung Citra, rekaannya lebih moden dan dinamik hasil inspirasi kurung tradisiona­l Kedah. Digayakan bersama sarung dengan lipatan susun sisi membuatkan wanita tampil ringkas namun elegan.

Koleksi Cendana menampilka­n gaya lebih maskulin, namun mengekalka­n ciri feminin dengan potongan baju labuh.

Potongan ini digayakan bersama celana mahupun sarung. Bagi wanita yang mengingink­an gaya santai, seluar Cenderawas­ih, iaitu kulot labuh, pilihan paling selesa dan praktikal. Penggayaan bersama jaket dan kardigan bercorak menzahirka­n sisi wanita moden dan bersahaja.

The Hashtag hasilkan koleksi untuk wanita kontempora­ri dengan mainan variasi fabrik,

rona, reka bentuk corak

dan rekaan

 ??  ?? MENARIK digayakan
bersama seluar mahupun sarung.
MENARIK digayakan bersama seluar mahupun sarung.
 ??  ?? PEPLUM dengan motif
menarik.
PEPLUM dengan motif menarik.
 ??  ?? LEBIH moden dan dinamik.
LEBIH moden dan dinamik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia