Harian Metro

Suntik stail, gaya ibu dalam setiap rekaan

-

Pemilihan label The Hashtag diinspiras­i daripada penggunaan simbol # (hashtag) yang popular di medan media sosial dalam kalangan pengguna untuk menyatakan sesuatu.

Menurut Pengarah Urusannya, Yeen Lee, pemilihan jenama itu dilihat bertepatan sekali gus mencipta trend terkini dan menjadi sebutan mereka yang mengikuti perkembang­an fesyen semasa. Premis The

Hashtag berlokasi di Lorong Maarof, Bangsar.

“The Hashtag tidak saja mengeluark­an barisan koleksi busana terdiri daripada blaus, kardigan, skirt dan palazo, bahkan aksesori perhiasan tambahan wanita.

“Kita juga tidak melabelkan rekaan dan koleksi sebagai fesyen Muslimah yang mematuhi kehendak syariah. Yang pasti, sebagai pereka fesyen saya berusaha menyuntik stail dan gaya fesyen ibu dalam setiap rekaan The Hashtag yang dihasilkan.

“Secara peribadi, ibu saya melambangk­an definisi wanita sejati,” katanya ketika ditemui.

Berkongsi perancanga­n perniagaan, wanita ini berhasrat untuk melebarkan sayap ke luar negara termasuk Singapura, Brunei, Australia dan United Kingdom. Terkini, Yeen turut berkolabor­asi dengan pelakon, Faralyna Idris, untuk memperkena­lkan koleksi terbaru.

 ??  ?? YEEN ingin melebarkan sayapThe Hashtag.
YEEN ingin melebarkan sayapThe Hashtag.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia