Harian Metro

Pengalaman 3D beri kelebihan

-

Kagum Mat baca kisah seorang graduan sebuah universiti tempatan yang sanggup bekerja sebagai tukang cuci atau ‘cleaner’ bersama ibunya. Biarpun mempunyai segulung diploma dalam genggaman yang melayakkan dia memilih pekerjaan berdasarka­n tahap pendidikan yang diterima, dia memilih untuk berada dekat dengan ibunya yang sudah berusia.

Terus terang Mat tabik pada wanita berkenaan. Iyelahkan, kalau kita tengok zaman sekarang ini, jumlah penganggur memang sangat tinggi. Sebabnya ada graduan yang memilih pekerjaan. Kerja nak dalam pejabat berhawa dingin, bergaji mahal, berpakaian cantik dan kemas tapi pengalaman kerja pun tiada. Mereka lebih rela menganggur dan duduk saja di rumah selagi tak dapat pekerjaan yang diinginkan.

Pehhh, dia ingat pengalaman bekerja datang bergolek ke? Kalau setakat belajar tinggiting­gi tapi tak mahir dalam bidang pekerjaan, majikan mana yang sanggup nak ambil bekerja?

Tapi, percayalah jika kita ada pengalaman bekerja termasuk kerja kategori

3D iaitu kasar, kotor dan bahaya, pasti majikan akan kagum. Iyelahkan, ada diploma dan ijazah tapi pengalaman kerja kategori 3D pun ada, tentu mereka akan meletak harapan tinggi pada anda.

MAT LAGA: Nak memilih kerja sangat, alamat tak berasaplah dapur.

 ??  ?? BERSAMA salah seorang pelanggan Langet Republic.
BERSAMA salah seorang pelanggan Langet Republic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia