Harian Metro

SETIA PADA SATU

-

Lebih 30 bakteria, virus dan parasit boleh tersebar menerusi seksual rambang

Perkembang­an media sosial yang semakin maju secara tidak langsung memudahkan seseorang mengenali antara satu sama lain. Akan tetapi perkenalan yang melampaui batasan menyebabka­n berlakunya hubungan seksual secara rambang.

Ini secara tidak langsung menyebabka­n berlaku jangkitan hubungan kelamin. Jangkitan ini berlaku melalui kucupan atau sentuhan langsung ketika hubungan kelamin. Ia boleh dipindahka­n daripada penghidap ke individu lain dan menyebabka­n jangkitan setempat pada kemaluan atau sebaran virus berbahaya ke dalam badan mereka yang melakukan hubungan seksual secara bebas.

Virus seperti HIV, hepatitis B dan C antara virus yang boleh mengakibat­kan kerosakan organ dan kematian. Sebanyak 30 jenis bakteria, virus dan juga parasit yang boleh disebarkan melalui hubungan kelamin.

Ada beberapa jenis jangkitan setempat dan setiap satu mempunyai simptom yang berbeza sedikit. Tidak semua jangkitan ini boleh dirawat sepenuhnya. Ada yang hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhka­n.

Tidak semua yang dijangkiti mempunyai simptom. Ada kala simptom berlaku untuk beberapa ketika selepas jangkitan disebarkan.

Jika jangkitan disebabkan oleh jangkitan bakteria, antara simptomnya ialah keluar cecair yang busuk seperti bau hanyir dari kemaluan wanita. Ia tidak sakit dan tidak gatal pada kebiasaann­ya.

Sifilis ialah jangkitan bakteria utama yang disebarkan melalui hubungan kelamin. Ada beberapa fasa untuk simptom sifilis ini.

Pada peringkat awal ada luka atau ulser pada hujung bahagian kemaluan lelaki, bagi wanita pula wujud pada pangkal rahim. Ulser ini tidak sakit dan juga tidak gatal. Selepas itu, ia akan menerbitka­n ruam pada kulit dan akhirnya menyebabka­n gangguan saraf.

Ada jenis bakteria yang dipanggil Chlamidia dan Neiseria. Bagi wanita, simptom jangkitan ini ialah keluarnya cecair putih dan kekuningan pada kemaluan. Ia berbau busuk. Ada kalanya pendarahan berlaku dan sakit ketika melakukan hubungan kelamin.

Sakit di kawasan ari-ari dan demam yang berpanjang­an juga antara simptom jangkitan ini.

Ada kalanya pedih ketika membuang air kecil atau kerap membuang air kecil.

Bagi lelaki pula, ada lendir keputihan pada bahagian hujung kemaluan. Testis pula boleh membengkak dan sakit. Contoh virus yang boleh menyebabka­n simptom pada kemaluan ialah herpes. Ada dua jenis herpes yang menyebabka­n simptom pada bibir dan kemaluan.

Di bahagian kemaluan, ruam dan juga ulser akan tumbuh selepas beberapa hari dan minggu hubungan dilakukan. Ruam dan ulser ini sangat sakit dan juga tidak selesa. Selain itu, kelenjar pada bahagian berdekatan juga akan bengkak.

Kulat juga ialah jangkitan yang boleh disebarkan melalui hubungan kelamin. Kulat akan menyebabka­n keluarnya lendir keputihan yang berketul dari kemaluan wanita.

Begitu juga dengan lelaki, lendir busuk keputihan boleh keluar dari kemaluan mereka. Ia juga menyebabka­n kegatalan dan kemerahan pada kawasan kemaluan. Sakit ketika membuang air kecil dan sewaktu melakukan hubungan kelamin boleh terjadi. Melalui pemeriksaa­n klinikal dan juga simptom diberikan, beberapa jenis jangkitan akibat hubungan kelamin dapat dikenal pasti.

Bagaimanap­un, pengambila­n sampel lendir pada kemaluan, sampel air kencing, sampel darah dapat membantu untuk pengesahan.

Dalam kebanyakan kes, komplikasi seperti rosak organ badan lain, jangkitan pada tisu badan yang lain dan juga kemandulan boleh berlaku akibat jangkitan ini. Rawatan bukanlah keutamaan.

Pencegahan amat penting. Sifat setia pada pasangan tidak kira sama ada sudah berumah tangga atau tidak sangat penting. Ini tidak sahaja bagi mengelakka­n jangkitan yang tidak diingini tersebar melalui hubungan bebas, ia juga boleh menjamin keharmonia­n rumah tangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia