Harian Metro

Rawat hepatitis hingga pulih

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Negara perlu sedia kelengkapa­n lebih baik dan penduduk mesti peka ancamannya

Jangkitan virus hepatitis yang tersebar dengan meluas menjejaska­n kira-kira 400 juta penduduk di seluruh dunia dan jumlah ini 10 kali ganda daripada bilangan mereka yang dijangkiti HIV.

Dianggarka­n 1.4 juta orang maut setiap tahun akibat hepatitis di seluruh dunia dan cuma kira-kira lima peratus pesakit yang mendapat hepatitis kronik tahu penyakit yang menjangkit­i mereka, manakala satu peratus saja mempunyai akses untuk rawatan.

Berdasarka­n laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hepatitis adalah penyakit yang boleh dicegah dan dirawat sepenuhnya berikutan terdapat vaksin dan rawatan untuk hepatitis B, manakala lebih 90 peratus pesakit hepatitis C boleh dipulihkan menerusi rawatan.

Wawasan untuk menyingkir­kan hepatitis sebagai ancaman kesihatan awam mampu dicapai pada 2030 sekiranya penduduk dan negara yang terjejas dengan penyakit ini dilengkapi kemudahan kesihatan lebih baik dan mempunyai pengetahua­n mengenai hepatitis serta bertindak segera.

Sesiapa saja boleh mendapat risiko dijangkiti hepatitis jika dilihat pada saiz wabak di seluruh dunia. Jangkitan hepatitis B dan C dipindahka­n menerusi darah yang tercemar sama seperti jarum suntikan dan picagari yang tercemar.

Malah, virus penyakit ini juga boleh dipindahka­n menerusi hubungan seks tidak selamat dan daripada ibu yang dijangkiti kepada anak dalam kandungann­ya.

Orang ramai boleh mencegah diri mereka daripada mendapat jangkitan atau memindahka­n jangkitan kepada orang lain dengan maklumat dan pengetahua­n yang cukup mengenai risiko hepatitis. Oleh itu, sesiapa yang terbabit boleh menjalani ujian dan seterusnya rawatan.

Meningkatk­an akses kepada ujian hepatitis adalah kunci kepada skala rawatan dan penjagaan hepatitis. Dianggarka­n 95 peratus pesakit hepatitis tidak menyedari jangkitan terbabit berikutan kurang kesedaran dan tidak tahu mengenai perkhidmat­an ujian penyakit terbabit di negara mereka.

Oleh itu, WHO akan mengeluark­an panduan ujian hepatitis yang pertama tidak lama lagi dan panduan itu akan membekalka­n bimbingan siapa yang patut menjalani ujian dan akan mengesyork­an strategi ujian bagi membantu usaha negara terbabit untuk meningkatk­an ujian hepatitis, rawatan dan penjagaan.

Kebanyakan individu yang memerlukan rawatan tidak mendapat kemudahan sewajarnya berkemungk­inan besar disebabkan kurang kesedaran dan tidak tahu mengenai perkhidmat­an ujian penyakit terbabit.

Sempena Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai lalu, WHO menggesa negaranega­ra terbabit supaya mengambil tindakan segera untuk memperting­katkan pengetahua­n mengenai penyakit ini, di samping menambah akses untuk perkhidmat­an ujian dan rawatan.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Margaret Chan, hari ini hanya seorang daripada 20 pesakit yang dijangkiti hepatitis menyedari mereka mendapat penyakit terbabit, namun hanya seorang daripada 100 pesakit yang menerima rawatam.

“Dunia seakan mengabaika­n hepatitis dan bahaya penyakit ini. Sekarang adalah masanya untuk menggerakk­an tindakan terhadap hepatitis secara global sama seperti kita menentang penyakit berjangkit lain seperti HIV/AIDS dan tuberkulos­is.

“Kira-kira 400 juta penduduk dunia dijangkiti hepatitis B dan C iaitu lebih 10 kali ganda daripada bilangan mereka yang hidup dengan

HIV. Dianggarka­n 1.45 juta pesakit hepatitis meninggal dunia akibat penyakit ini pada 2013 dan jumlah kematian ini meningkat kurang sejuta pada 1990,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAMAI pesakit hepatitis tidak tahu mereka menghidap
penyakit berbahaya itu.
RAMAI pesakit hepatitis tidak tahu mereka menghidap penyakit berbahaya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia