Harian Metro

Harapan untuk bayi sumbing

-

Rawatan tersedia seawal lahir babitkan pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pergigian

pembedahan bibir pada usia tiga bulan nanti.

Penyusuan ibu pastinya lebih mencabar untuk dilakukan dengan baik, namun ia juga bukan sesuatu yang terlalu mustahil.

Bergantung kepada tahap sumbing yang dihadapi, Pensyarah

Kanan Ortodontik Fakulti Pergigian Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Aida Nur Ashikin

Abd Rahman berkata, pembedahan pertama lelangit akan hanya dilakukan ketika bayi berusia sembilan bulan dan ke atas.

Jelasnya, terapi pertuturan dan pendengara­n akan dijalankan selepas peringkat itu bersama pakar telinga, hidung dan tekak yang akan memberikan rawatan berterusan bermula sejak lahir hinggalah dewasa.

“Ketika usia antara sembilan hingga 11 tahun, pakar ortodontik pula akan berikan rawatan untuk kembangkan rahang atas menggunaka­n alat ‘expansion’ sebelum pakar bedah melakukan pembedahan lelangit lanjut dengan menambah tulang di situ (lelangit) yang biasanya diambil daripada tulang paha.

“Menjelang dewasa, individu sumbing mungkin memerlukan pembedahan rahang muka untuk membetulka­n rahang disertai dengan pemakaian pendakap gigi ortodontik,” katanya.

Mengulas kesan kondisi itu, Dr Aida berkata, tentunya bayi sumbing mengalami masalah untuk makan selain pertuturan, pendengara­n, tumbesaran rahang muka, penampilan diri dan psikologi apabila dewasa sekiranya tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Namun, apa yang merisaukan adalah tekanan psikologi yang dihadapi ibu bapa khususnya ibu bapa baharu atau penjaga akibat wajah bayi tidak normal dan penerimaan orang sekeliling terhadap keadaan itu.

“Dalam situasi sebegini, komitmen ibu bapa sangat penting. Mereka tidak boleh berputus asa dalam membawa anak (sumbing) menjalani rawatan yang mungkin perlu kerap ke hospital.

“Disebabkan itu, saya selalu menyaranka­n ibu bapa untuk mendapatka­n khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan tertentu, misalnya Persatuan Sumbing Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) yang aktif dalam apa saja hal berkaitan sumbing,” katanya.

Menurut Dr Aida, rawatan berterusan untuk sumbing memang kompleks dan hanya dapat dilakukan oleh pakar perubatan dan pergigian yang mempunyai kemahiran serta pengalaman luas dalam pengurusan pesakit sumbing.

Justeru itu katanya, kewujudan rawatan setempat seperti pusat sumbing semestinya dapat mengurangk­an kesulitan untuk individu sumbing mendapatka­n rawatan.

“Bilangan pakar khusus untuk rawatan sumbing adalah terhad. Pusat sumbing juga terhad. Di Malaysia, ia hanya tersedia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan beberapa pusat perubatan swasta.

“Biarpun terhad, itu juga bukan bermakna ia terlalu sukar. Saya sendiri mempunyai pesakit sumbing yang bakal menamatkan pengajian dalam bidang pergigian di United Kingdom tidak lama lagi,” katanya.

 ??  ?? DR Aida menunjukka­n antara bentuk sumbing berlaku kepada kanak-kanak.
DR Aida menunjukka­n antara bentuk sumbing berlaku kepada kanak-kanak.
 ??  ?? FEEDING plate digunakan untuk bayi sumbing makan sebelum
pembedahan dilakukan.
FEEDING plate digunakan untuk bayi sumbing makan sebelum pembedahan dilakukan.
 ??  ?? SUMBING berlaku disebabkan gangguan pada pembentuka­n muka sewaktu di dalam kandungan.
SUMBING berlaku disebabkan gangguan pada pembentuka­n muka sewaktu di dalam kandungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia