Harian Metro

Penjagaan optimum cedera kepala

- DARI MUKA 32

Berdasarka­n Laporan Keselamata­n Jalan Raya WHO 2015, kadar kematian global akibat kemalangan adalah 17.4 orang dalam setiap 100,000 populasi, manakala di Malaysia kadarnya dianggarka­n 24 orang dalam setiap 100,000 populasi.

Kadar ini adalah jauh lebih tinggi untuk negara kita yang dilengkapi dengan akses kecemasan yang cekap dan penjagaan untuk mangsa jalan raya. Ini termasuk nombor telefon tunggal untuk semua kecemasan, kecekapan perkhidmat­an ambulans dan doktor serta paramedik terlatih untuk perubatan kecemasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Laporan Sistem Pengurusan Maklumat Kesihatan Malaysia 2014 menyatakan trauma menyumbang kepada 11.65 peratus daripada keseluruha­n pelawat ke bahagian kecemasan di hospital kerajaan.

Kecederaan adalah prinsipal kedua tertinggi punca pelawat baru di klinik pakar dan ketiga tertinggi sebab prinsipal di bahagian kecemasan hospital kerajaan. Malah, kecederaan kepala adalah penyebab diagnosis paling kerap untuk dimasukkan ke wad neurosurge­ri di semua hospital kerajaan.

“Pada 2014, 80.3 peratus kecemasan neurosurge­ri membabitka­n kecederaan kepala dan 8.7 peratus kematian daripada jumlah keseluruha­n kemasukan ke wad neurosurge­ri disebabkan kecederaan kepala.

“Kematian dan morbiditi disebabkan kecederaan kepala boleh dikurangka­n dengan meminimumk­an kecederaan otak darjah kedua.

“Penjagaan prahospita­l yang cekap dan pengangkut­an untuk pesakit adalah dua faktor penting dalam menentukan rawatan terbaik dalam kalangan pesakit dengan kecederaan kepala sejurus tiba di jabatan kecemasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, penambahba­ikan dalam perkhidmat­an penjagaan kesihatan kecemasan juga penting. Malah, pengetahua­n dan latihan dalam pengurusan kes trauma akut dalam kalangan semua penyedia penjagaan kesihatan juga sama penting.

“Pengenalan garis panduan berasaskan bukti dalam pengurusan kecederaan kepala awal

Diagnosis

paling kerap untuk masuk wad neurosurge­ri di semua hospital kerajaan

dalam kalangan orang dewasa adalah tepat pada masanya.

“Sistem rujukan yang sistematik termasuk penggunaan teleperund­ing dan protokol untuk pemindahan selamat pesakit digariskan dalam panduan itu adalah penting untuk mengoptimu­mkan bilangan hospital yang terhad dengan perkhidmat­an subkepakar­an neosurgeri.

“Ini akan membantu mewujudkan pautan yang tidak ada dalam usaha kita untuk membekalka­n pengurusan awal kecederaan kepala yang berkesan dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan Panduan Amalan Klinikal (CPG) oleh semua penyedia penjagaan kesihatan juga boleh membantu mengurangk­an variasi amalan klinikal semasa dan untuk membekalka­n penjagaan optimum kepada semua pesakit dengan kecederaan kepala.

“Kementeria­n Kesihatan bermatlama­t untuk menyediaka­n subkepakar­an neurosurge­ri yang menguruska­n kecederaan kepala yang rumit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan di 13 hospital negeri. Ini digariskan dalam rangka kerja kepakaran dan subkepakar­an dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2010-2015).

“CPG dalam Pengurusan Awal Kecederaan Kepala Dewasa merangkumi

 ??  ?? KECEDERAAN kepala akibat kemalangan ketika bersukan.
KECEDERAAN kepala akibat kemalangan ketika bersukan.
 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia