Harian Metro

Kongsi realiti hidup

- DARI MUKA 32

Ini kerana, ia tidak saja memperkasa­kan pencerita dan juga pembaca termasuk mereka yang mempunyai pengalaman yang sama, malah lebih penting lagi membantu mencorakka­n masa depan penjagaan kanser di Malaysia.

“Bagi memperdeng­arkan suara komuniti kanser dan memberi peluang kepada mereka untuk memaparkan kisah masingmasi­ng, TAC melancarka­n penerbitan pertama buku bertajuk Melaungkan Suara Penghidap Kanser mengenai realiti hidup pesakit kanser yang jarang dikongsi dan tidak didedahkan.

“Buku ini memuatkan 10 kisah pesakit kanser dan matlamatny­a untuk menggalakk­an pesakit berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan satu suara untuk disampaika­n kepada kumpulan penjagaan kesihatan, penggubal dasar dan organisasi untuk menyokong mereka yang terjejas dengan penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku berkenaan yang disempurna­kan Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak di Menara CIMB, ibu negara, baru-baru ini.

Ranjit berkata, pihaknya mahu memperkasa pesakit kanser dengan ilmu, di samping menjadi tonggak kekuatan dan menyokong komuniti berkenaan dalam perjuangan mereka menghadapi ancaman kesihatan paling besar dalam hidup.

“Sebagai bekas pesakit kanser, saya benar-benar memahami masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pesakit selepas disahkan menghidap kanser.

“Memang tidak dinafikan kisah pesakit kanser ini amat menyentuh hati dan perlu dipaparkan, tetapi kami juga percaya bahawa langkah bertindak bersama secara satu suara boleh menjadi asas perubahan untuk menambah baik rawatan kanser di negara ini,” katanya.

 ??  ?? NAZIR beramah mesra dengan penghidap kanser, stephanie.
NAZIR beramah mesra dengan penghidap kanser, stephanie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia