Harian Metro

NIAGA ANTARA BENUA

> Kerjaya sebagai pembeli peribadi atau personal shopper memang penuh warna-warni. Beli sendiri barangan berjenama di London, Paris atau Milan dan jual secara terus kepada pelanggan di Malaysia. Walaupun lumayan dan menyeronok­kan, ada juga risiko yang men

- Nor Azura Abdul Jalil dan Asmah Rusman am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Siapa sangka daripada sekadar ingin membantu rakan mendapatka­n barangan berjenama, dia kini menjadi ‘personal shopper’ atau pembeli peribadi sepenuh masa.

Tidak hanya membantu pelanggan membeli barangan dikehendak­i, malah pembeli peribadi perlu rajin menilik katalog laman web sesuatu barangan untuk memantau jualan murah.

Shima Ghazali, 32, yakin dengan keputusann­ya untuk menjadi pembeli peribadi, tambahan pula dia kini sudah tiga tahun berada di San Diego, Amerika Syarikat (AS) mengikut suaminya yang menyambung pengajian.

“Pada mulanya hanya suka-suka, tetapi lama-kelamaan saya jadi seronok pula. Siapa yang tidak suka membeli-belah dan kita juga akan mendapat upah.

“Saya puas apabila orang yang memesan barangan dengan saya gembira mendapat barangan mereka,” kata anak kelima daripada enam beradik itu.

Dia menggunaka­n Instagram untuk menerima tempahan memandangk­an mudah untuk mereka berkomunik­asi di situ.

Dalam perniagaan­nya, Shima turut memfokuska­n pesanan beg tangan berjenama dari AS.

Menceritak­an detik awal menceburka­n diri sebagai pembeli peribadi, Shima berkata, antara barangan pertama dibeli adalah beg tangan berjenama yang dipesan rakan.

Daripada suka-suka, Shima kini seakan ‘ketagih’ membeli-belah dan amat teruja sekiranya terdapat jualan murah sekitar tempat

Pembeli peribadi mampu raih pendapatan lima angka penuhi permintaan pelanggan

tinggalnya di bumi ‘Uncle Sam’ itu.

“Menjadi pembeli peribadi juga bermakna seseorang itu mesti menggemari fesyen.

“Harga barang menjadi murah berbanding di Malaysia jika ada butik yang menawarkan diskaun,” katanya.

Menurut Shima, adat meniaga ada turun dan naik, namun rezekinya murah apabila menjelang Aidilfitri dan hujung tahun.

“Untuk sambutan Aidilfitri saya mendapat dua kali ganda permintaan untuk membeli beg berjenama.

“Semua orang hendak melaram di hari raya, jadi saya juga tidak mahu menghampak­an harapan mereka,” katanya yang memulakan slot tempahan awal sebulan sebelum Ramadan.

Shima berkata, dia boleh meraih pendapatan RM20,000 hingga RM30,000 apabila membuka slot tempahan awal untuk Aidilfitri.

Menurutnya, bagi bulan biasa, dia mampu meraih antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi satu-satu slot tempahan.

“Setiap slot yang dibuka tidak menentu antara dua minggu hingga sebulan, bergantung kepada permintaan,” katanya.

Jelas wanita yang berasal dari Damansara, Selangor itu, di awal pembabitan­nya sebagai pembeli peribadi, dia memerlukan modal yang tinggi kerana perlu membeli barang terlebih dulu sebelum diiklankan di laman sosial.

“Keuntungan sedikit demi sedikit yang diperoleh saya akan guna untuk dijadikan modal pusingan.

“Contohnya atas keuntungan lima barang yang dijual, saya dapat satu barangan lain, jadi saya boleh tambah barangan lain untuk dijual,” katanya.

Paling mengejutka­n ada antara pelanggan memberi sepenuh kepercayaa­n untuk memilih barangan berjenama untuk dijadikan barang hantaran.

Menurutnya, ia adalah satu penghormat­an baginya kerana pelanggan percaya pada cita rasanya dan bajet yang diberikan.

Mengenai kerenah pelanggan pula, Shima bersyukur kerana sehingga kini belum ada pelanggan yang cerewet sehingga memeningka­n kepalanya.

“Saya sudah jelaskan di

Instagram bahawa tempoh penghantar­an barang akan mengambil masa dua hingga empat minggu.

“Selain membantu pelanggan berjimat dan mendapatka­n barangan yang tiada dijual di Malaysia, saya berniat membantu mempermuda­hkan urusan mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SHIMA menunjukka­n barang pelanggan yang dibeli di AS.
SHIMA menunjukka­n barang pelanggan yang dibeli di AS.
 ??  ?? SHIMA pilih sendiri barang yang ditempah.
SHIMA pilih sendiri barang yang ditempah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia