Harian Metro

GEGARAN SIRKIT 1

Pahat nama juara sulung Harian Metro MTB 2016

- Ahmad Saufi Mansor sukan@hmetro.com.my

Pelumba kebangsaan Muhammad Fauzan Mohd Lutfi, 30, membuktika­n kehebatan apabila menguasai kategori Lelaki Terbuka dengan mengetepik­an cabaran Mohd Nor Rizuan Zainal dan Amree Saya dari Thailand pada cabaran Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, di sini, semalam.

Fauzan dari pasukan SBS Giant-PDRM sebagai juara sulung saingan tahun ini mencatatka­n masa 1:25:10s sekali gus mengatasi Mohd Nor Rizuan dari KHS Factory Team, 1:25:11s dan ketiga Amree (Thailand All Star) 1:26:47s.

Bagi kategori Wanita Terbuka, pelumba SBS Giant Masziyaton Mohd Radzi dengan catatan masa 1:41:41s terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Thailand Supuksorn Nuntana, 27, yang melakukan 1:35:59s untuk tempat pertama manakala ketiga juga milik pelumba Thailand All Star Sarocha Kamonlakho­n,18, 1:42:28s.

Manakala, juara kategori Lelaki Junior Master diungguli pelumba Thailand All Star, Suracher Sun Jui yang melakukan 1:28:36s mengatasi pelumba Polygon Racing Team Mohd Zukri Tahir (1:30:27s) kedua dan ketiga Shahrom Abdullah dari SA Bike 1:34:19s.

Bagi kategori Lelaki Junior (19 tahun ke bawah) pelumba dari Hatyai, Thailand, Klaithong Wanawat merekodkan masa 1:27:07 untuk tempat pertama, kedua Julian Sabre dari Two Wheel Only (1:32:37s) dan Nik Adam Iskandar Nik Azhan ketiga 1:34:19s.

Pelumba SBS Giant Tan Chee Yong pula muncul juara kategori Lelaki Senior Master, diikuti Prasert Chitmart (Thailand All Star) dan ketiga, Muhamad Razani Husain.

Juara semua kategori membawa pulang wang tunai RM1,000, kedua RM700 dan ketiga RM500, keempat RM400, kelima RM300, keenam dan ketujuh (RM200) manakala kelapan hingga ke-10 RM100 termasuk pingat.

Hadiah disampaika­n Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Ketua Perniagaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Affin Bank Berhad Ahmad Fauzi Mat Isa

Seramai 1,500 pelumba bersaing merebut kejuaraan sulung dalam saingan Harian Metro MTB tahun ini yang turut disertai pelumba dari Thailand, Singapura, Hong Kong dan United Kingdom.

Terdahulu, pelepasan pelumba dilakukan Pengerusi Jawatankau­sa Sains, Komunikasi, Inovasi dan Teknologi Maklumat Kedah Datuk Norsabrina Mohd Noor bersama Mustapa dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad Nazlee Khalifah.

Sabrina berkata, pihaknya berbangga apabila Harian Metro memilih Kulim Hi -Tech Park sebagai lokasi perlumbaan Sirkit 1 tahun ini.

Katanya, penyertaan besar kali ini secara tidak langsung memberi peluang peserta mengililin­gi daerah Kulim, malah acara itu juga mampu memperkena­lkan Kulim HiTech Park kepada orang ramai khususnya dari luar Kedah.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong dan mengalu-ngalukan kehadiran program sebegini. Harian Metro memulakann­ya melalui acara MTB, di mana semua orang tahu akhbar Harian Metro menjadi pilihan pembaca di seluruh pelusuk negara.

“Melalui acara ini, ianya dapat memberi impak besar kepada Kulim Hi-Tech Park bukan sahaja dikenali sebagai kawasan industri terbesar di Kedah, malah kawasan sekitarnya juga berpotensi dijadikan sebagai lokasi sukan basikal lasak.

“Kita akan menyokong apa sahaja usaha Harian Metro dan semua pihak bagi mengadakan acara atau program yang memberi manfaat kepada Kulim Hi-Tech Park,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FAUZAN
KLAITHONG
SURACHER
CHEE YONG FAUZAN (kanan) memecut ke garisan penamat sambil diikuti rapat Rizuan.
FAUZAN KLAITHONG SURACHER CHEE YONG FAUZAN (kanan) memecut ke garisan penamat sambil diikuti rapat Rizuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia