Harian Metro

12 JAM CARI KAKI

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

„ Bapa kembali ke lokasi kemalangan

dua anak jumpa anggota putus

Seorang bapa mengambil masa 12 jam untuk mencari kaki kanan anaknya yang terputus selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Padang Pulut, jam 9 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, kaki kanan Nik Siti Sahirah Nik Mazlan, 13, putus manakala kaki kanan abangnya, Nik Shamerulha­fizi, 16, parah selepas Honda EX5 ditunggang dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Kia Sportage dipandu Khairulanw­ar Nawi, 19, dari Kampung Bukit Merah terbabas sebelum memasuki laluan kanan jalan dan merempuh motosikal ditunggang mangsa.

Bapa mereka, Nik Mazlan Awang, 51, berkata, kedua-dua anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Pulut selepas membeli peralatan sekolah di sebuah kedai.

“Selepas dimaklumka­n mengenai kemalangan, saya ke lokasi dan mendapati kaki kanan Nik Siti Sahirah putus dan bahagian yang putus itu gagal ditemui.

“Saya dan ahli keluarga lain cuba mencarinya sebelum ke Hospital Dungun untuk melihat keadaan kedua-duanya. Sebaik mereka dirujuk ke Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah), saya kembali ke tempat kejadian untuk mencari kaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, selepas 12 jam mencari, kaki yang putus itu ditemui dalam semak, 40 meter dari lokasi kemalangan.

Katanya, kaki itu dibasuh dan ditanam di tanah perkuburan berhampira­n dengan rumah mereka sebelum dia ke Kuala Terengganu untuk melawat anaknya.

“Nik Siti Sahirah selamat menjalani pembedahan jam 11 pagi tadi (semalam) manakala Nik Shamerulha­fizi menunggu untuk menjalani pembedahan berikutan kecederaan parah di kaki kanannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit.

“Dua beradik berkenaan dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

“Pemandu Kia Sportage selamat dan kami akan merekodkan keterangan­nya untuk membantu siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? KEADAAN SUV dan motosikal mangsa yang remuk dalam kemalangan.
FOTO: KEADAAN SUV dan motosikal mangsa yang remuk dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia