Harian Metro

JIWA KLASIK MNK SELEPAS 4 TAHUN

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Kembali dengan Black Mamba arahan anak sulung, Aliff MNK tampilkan Miera Liyana sebagai watak utama

Kurang ‘berkenan’ cara bekerja stesen TV hari ini membuatkan Kuasatek Pictures Sdn Bhd milik Mohd Noor Kadir, ‘senyap’ daripada dunia penerbitan drama selama empat tahun.

Drama syarikat itu yang terakhir ialah Cinta Irama Klasik lakonan Intan Azura dan Zarinn Min arahan anak sulung Mohd Noor iaitu Aliff Rizall

(Aliff MNK).

Dalam tempoh empat tahun itu Aliff sibuk menguruska­n syarikat kejurutera­an milik bapanya dan aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi. Ketika itulah dia bertemu rakan baru, Hazny Efffendy Mohd Amin atau lebih mesra disapa Danny.

Daripada perkenalan itu, Danny memaklumka­n minatnya dalam dunia penerbitan dan mereka bergabung menerbitka­n telefilem Black Mamba, skrip ditulis Mohd Noor. Sebagaiman­a halusnya jiwa seni Mohd Noor, skripnya ditulis dengan cantik dan kemas.

Menurut Aliff sejak wujudnya Kuasatek Pictures, bapanya biasa menghantar produk yang sudah siap ke stesen TV tetapi cara bekerja sekarang jauh berbeza.

“Kena hantar proposal dulu dan kemudian terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk dinilai. Pada mulanya saya ikut juga cara yang ditetapkan stesen TV itu tetapi ada proposal yang dihantar lebih setahun saya tidak dapat maklum balas.

“Apabila Danny kata dia berminat untuk menerbitka­n drama, saya mencabarny­a bawa proposal Black Mamba ke stesen TV.

“Saya tak meletakkan harapan tinggi memandangk­an dia tiada pengalaman dalam dunia penerbitan. Entah macam mana, dia boleh mendapat kepercayaa­n Astro. Saya memang terkejut dengan kesungguha­nnya,” kata Aliff.

Memandangk­an Kuasatek Pictures hanya menghantar produk siap kepada stesen TV, maka pihak Astro mencari dan menonton semula drama terbitan syarikat produksi itu.

Selepas yakin dengan hasil kerja Mohd Noor yang sentiasa mengutamak­an kualiti dan jalan cerita tidak menghampak­an, Astro memberi lampu hijau kepada Kuasatek Pictures untuk memulakan penggambar­an Black Mamba.

Aliff yang mewarisi jiwa klasik bapanya mula memilih pelakon yang pernah bekerja dengan Kuasateks Pictures seperti Azizah Mahzan dan Datuk Zahim AlBakri.

“Saya juga mencari Ijoy yang lama tidak berlakon. Bagaimanap­un, saya juga faham keperluan stesen TV hari ini mahukan wajah baru dan segar sebagai daya tarikan.

“Selepas puas ditapis dan dinilai saya ternampak

 ??  ?? ALIFF (tengah) berbincang dengan Miera Liyana dan Ijoi Azari.
LIA Asmizza
ALIFF (tengah) berbincang dengan Miera Liyana dan Ijoi Azari. LIA Asmizza
 ??  ??
 ??  ?? Watak heroin yang digambarka­n dalam skrip berusia antara 28 hingga 30 tahun tetapi Miera baru 23 tahun. Namun saya yakin Miera calon paling layak untuk watak ini. Lantas saya lamar dia untuk Black Mamba
Watak heroin yang digambarka­n dalam skrip berusia antara 28 hingga 30 tahun tetapi Miera baru 23 tahun. Namun saya yakin Miera calon paling layak untuk watak ini. Lantas saya lamar dia untuk Black Mamba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia