Harian Metro

IPG Kampus Gaya dibuka pada tahun 1963

-

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu, ditubuhkan pada 22 Julai 1963. Institusi ini dulunya dikenali dengan nama Maktab Gaya atau

Gaya Teachers’ Training College.

Pengetua pertama Maktab Perguruan Gaya ialah JE Todd. Pada 4 Julai 1963, Maktab Perguruan Gaya dibuka secara rasmi oleh Gabenor terakhir Borneo Utara Sir William Goode.

Pada 6 Mei 2006, Maktab Perguruan Gaya dinaik taraf selaras dengan penjenamaa­n semula Maktab Perguruan di negara ini kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Institut Perguruan ini terletak di kawasan bukit seluas 19.4 hektar kira-kira dua kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu. Ia berdekatan Hospital Ratu Elizabeth, Muzium Negeri dan Masjid Negeri serta pusat beli-belah di Karamunsin­g dan Luyang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia