Harian Metro

Semut kayap makan kulit

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

„ Kaki kiri kanak-kanak perempuan luka teruk akibat terkena toksin kumbang ‘Charlie’

“Pada mulanya kami menyangkak­an Syara terkena penyakit kayap sehinggala­h doktor mengesahka­n ia akibat gigitan serangga dikenali sebagai Charlie,” kata Fara Fauzan Ahmad Ramizun, 27, ibu kepada Syara Eryyna Mohd Syafiq, 3, ketika dihubungi, semalam.

Kanak-kanak itu mengalami luka melepuh seperti terkena percikan api dan luka teruk di kaki kiri akibat terkena toksin serangga berkenaan.

Charlie atau nama saintifikn­ya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabka­n konjunktiv­itis dan penyakit kulit teruk iaitu ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk.

Serangga itu yang lebih dikenali sebagai semut kayap mengandung­i toksin paling berbisa di dunia, Pederin dan tahap keracunan tinggi biarpun selepas dikeringka­n dan disimpan selama lapan tahun.

Fara Fauzan berkata, belakang lutut anak sulungnya mula timbul merah seperti ruam pada 25 Ogos lalu sebelum keesokkann­ya menjadi makin merah dan menggelemb­ung. “Kami kemudian membawa Syara ke klinik pakar kanak-kanak dan diberikan krim untuk sapu tetapi malangnya luka semakin merebak dan menjadi besar seperti gelembung air.

“Syara sudah mula tidak mahu berjalan dan duduk kerana kesakitan sebelum kami membawanya terus ke hospital berhampira­n dan diberikan krim serta ubat tahan sakit,” katanya.

Menurutnya, luka anaknya makin teruk dan Syara meminta supaya tidak menyentuh lukanya lagi untuk disapu ubat berikutan sangat sakit.

“Kami membawanya ke hospital sekali lagi dan doktor mencadangk­an untuk Syara dimasukkan ke wad kerana keadaan lukanya semakin teruk.

“Doktor mengesahka­n luka itu akibat terkena toksin Charlie dan bukan kayap seperti yang kami duga, malah sehingga kini kami akan berulang-alik ke hospital setiap hari untuk membersihk­an luka Syara,” katanya.

Menurutnya, mereka baru berpindah ke Seberang Jaya, Pulau Pinang, enam bulan lalu atas urusan perniagaan.

“Bagaimanap­un, kediaman yang kami duduki ini terlalu banyak Charlie yang keluar dari habitat asalnya iaitu sawah padi ke tempat tinggi dan lembab.

“Selepas berbincang, kemungkina­n kami akan berpindah semula ke Shah Alam, Selangor demi anak-anak.

“Saya tidak pasti bagaimana Syara terkena gigitan Charlie, tetapi di dinding kediaman kami banyak serangga itu menyebabka­n kami bimbang setiap kali keluar rumah dan memastikan pintu serta tingkap sentiasa ditutup,” katanya.

 ??  ?? KUMBANG Rove atau lebih popular dipanggil Charlie
oleh rakyat tempatan.
KUMBANG Rove atau lebih popular dipanggil Charlie oleh rakyat tempatan.
 ??  ?? LUKA pada paha Syara.
LUKA pada paha Syara.
 ??  ?? SYARA Eryyna mengalami luka melepuh seperti terkena percikan api.
SYARA Eryyna mengalami luka melepuh seperti terkena percikan api.
 ??  ?? LUKA pada bahagian buku lali Syara.
LUKA pada bahagian buku lali Syara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia