Harian Metro

Pujukan bawa musibah

-

„ Lelaki maut ditikam adik guna keris hingga tembus ke belakang badan

Niat baik seorang penyelia kilang memujuk adik lelakinya supaya menjalani rawatan susulan akibat masalah tekanan perasaan mengundang padah apabila mangsa maut selepas ditikam di rusuk kiri hingga menembusi belakang badan dengan keris oleh lelaki itu dalam kejadian di Kampung Kelapa, Batu 8, Lunas, dekat sini, kelmarin.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang dengan mangsa, S Mohanankri­shnan, 54, ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampira­n pintu pagar di halaman rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Abdullah Arshad berkata, pihaknya bagaimanap­un masih menyiasat motif sebenar suspek berusia 52 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori terbabit bertindak sedemikian.

Katanya, berdasarka­n maklumat awal, mangsa dari Padang Serai, di sini, datang menziarahi suspek dengan menaiki kereta bersama seorang lagi adik lelaki berusia 50 tahun.

“Mangsa dikatakan datang menziarah suspek dan memaklumka­n berkenaan tarikh temu janji rawatan adiknya di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang pada 15 September ini.

“Suspek tiba-tiba berasa lapar sebelum adiknya (berusia 50 tahun) keluar membeli makanan serta meninggalk­an mereka berdua di rumah. Kira-kira 15 minit dalam perjalanan, lelaki itu menerima panggilan daripada abangnya memaklumka­n dia ditikam oleh suspek dan meminta pertolonga­n,” katanya ditemui di tempat kejadian, dekat sini, kelmarin.

Katanya, sebaik tiba di rumah, lelaki itu mendapati abangnya terbaring berdekatan pintu pagar dalam keadaan berlumuran darah di badan, tetapi masih bernyawa lalu menghubung­i ambulans.

“Kakitangan ambulans yang tiba dan memeriksa keadaan mangsa kemudian mengesahka­n lelaki itu sudah meninggal dunia dan orang awam yang melihat kejadian menghubung­i pihak polis.

“Suspek yang tidak melarikan diri berjaya ditahan di kawasan rumahnya dan polis turut merampas sebilah keris dipercayai digunakan untuk menikam mangsa di dalam rumah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n ke atas mayat mangsa mendapati dia terkena satu tikaman di bahagian rusuk kiri sehingga menembusi belakang badan.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila mendengar bunyi bising dan melihat orang ramai berkumpul di rumah suspek.

“Bila sampai di lokasi, saya terlihat seorang lelaki sedang memangku mangsa dalam keadaan menangis sambil menepuk-nepuk dahi beberapa kali. Dia juga dilihat memeriksa nadi pada tangan mangsa, namun penduduk tidak berani menghampir­inya sehinggala­h polis dan ambulans tiba.

“Ketika itu, saya nampak suspek berlegar-legar di halaman rumah terbabit dan beberapa penduduk cuba menenangka­nnya sebelum dia ditahan polis,” katanya.

Katanya, suspek menyewa di kawasan terbabit sejak beberapa tahun lalu dan difahamkan ketika kejadian isteri dan dua anak perempuann­ya tiada di rumah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia