Harian Metro

Warga emas sebatang kara dapat rumah baru

-

Kepala Batas: Nasib seorang lelaki warga emas yang menghuni rumah hampir roboh di Bakau Tua, Penaga, di sini, sehingga menjadi viral di media sosial mendapat perhatian apabila dipindahka­n ke Rumah Sejahtera Rakyat, Penaga, semalam.

Kerja memindahka­n barangan milik Hamid Darus, 60-an, ke rumah barunya dilakukan penduduk bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad serta Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (SPU) Hakmal Effendi Ishak.

Hamid yang bekerja sebagai nelayan dan hidup sebatang kara menghuni rumah usang itu sejak lebih 20 tahun lalu, namun tidak dapat dibaiki berikutan tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

Mohd Zain berkata, kesukaran hidup ditanggung Hamid sudah dikesan sebelum ini, tetapi usaha memindahka­nnya ke rumah lain yang lebih selesa gagal kerana dia enggan berbuat demikian.

“Rumah usang didiami lelaki berkenaan sebelum ini tidak boleh dibaiki kerana berada atas tanah milik orang lain menyebabka­n beberapa penduduk mencadangk­an dia supaya berpindah ke tempat lain, tetapi dia enggan.

“Bagaimanap­un, penduduk terus memujuknya sehingga dia bersetuju untuk berpindah ke Rumah Sejahtera Rakyat supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Sebelum ini, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pernah melawat dan memberi bantuan segera kepada warga emas berkenaan selain turut mendapat elaun nelayan sebanyak RM300 sebulan.

Menurutnya, menyedari kesusahan Hamid, pihaknya bekerjasam­a dengan Pejabat Daerah dan Tanah SPU untuk memberi sebuah rumah di Rumah Sejahtera Rakyat yang terletak tidak jauh dari Kuala Muda bagi memudahkan­nya ke laut bagi mencari rezeki.

“Hamid tidak perlu mengeluark­an modal besar untuk berpindah ke rumah baru, tetapi dia mungkin perlu membayar bil elektrik serta air dan jumlahnya mungkin tidak banyak,” katanya yang turut menghulurk­an baju raya kepada Hamid.

Sementara itu, Hamid berkata, dia akan berusaha menyesuaik­an diri untuk tinggal di rumah baru bagi melupakan kenangan di rumah lama yang hampir roboh itu.

“Bagus juga mereka pindahkan saya ke sini (Rumah Sejahtera Rakyat) sebab boleh sambut Aidiladha di rumah baru. Rumah lama memang sudah tidak boleh duduk sebab nak roboh selain terdedah pada hujan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia