Harian Metro

SEKARANG TIPU GUNA NAMA LAIN

- Asmah Rusman dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

„ Skim Makkah Islamic Hotel sekali lagi tipu ribuan mangsa dengan janji pulangan sehingga 360% setahun

Kuala Lumpur

Hanya dengan menukar nama dan konsep, sebuah skim pelaburan yang sudah disenaraih­itamkan pada 2014 kerana menipu kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian dianggarka­n RM35 juta, kini berleluasa semula.

Dulu dinamakan Mecca Fund Global dengan konsep pelaburan hartanah di Makkah, kini skim itu ditukar kepada ‘Makkah Islamic Hotel’ dengan tumpuan kepada pajakan bilik hotel di Tanah Suci.

Beberapa laporan polis sudah dibuat oleh pelabur skim baru ini selepas keuntungan pelaburan yang dijanjikan kepada mereka tidak dilunaskan.

Skim yang kononnya diuar-uarkan sebagai skim baru dengan penjenamaa­n semula di peringkat antarabang­sa itu

menjanjika­n pulangan keuntungan sehingga 360 peratus setahun.

Sindiket ini sekali lagi berjaya memperdaya beribu-ribu mangsa dengan mendakwa pelaburan baru diperkenal­kan itu membabitka­n sektor perhotelan di Makkah selain dilakukan berlandask­an syariat Islam.

Setiap mangsa dikehendak­i membuat pelaburan minimum US Dollar 1,000 atau RM3,500 bagi setiap satu lot bilik hotel yang dipajak.

Bagi menarik minat pelabur supaya tidak berfikir panjang mendaftar sebagai ‘rakan kongsi’, pengendali skim itu mendakwa mereka hanya memperuntu­kkan 200,000 lot saja untuk pelabur di negara ini.

Pendedahan itu dikongsi seorang daripada pelabur skim ‘Makkah Islamic Hotel’, Yushaimi, 30-an, yang menyertai skim berkenaan penghujung tahun lalu selepas diperkenal­kan rakan baiknya.

“Saya mula mengenali skim ini pada Oktober tahun lalu sebelum mendaftar sebagai pelabur baru skim itu.

“Mereka mendakwa sektor perhotelan di Makkah mempunyai prospek keuntungan tinggi sejak Kerajaan Arab Saudi giat menambahba­ik kemudahan di Tanah Suci. Ejen yang mempromosi­kan pelaburan berkenaan mendakwa sektor itu tumbuh rancak sekaligus membuka peluang kepada ekonomi umat Islam seluruh dunia,” katanya.

Dia antara kumpulan pelabur paling awal yang mendaftar sebagai pelabur di bawah skim Makkah Islamic Hotel yang asalnya dikenali sebagai Mecca Fund Global.

“Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan turut mencari maklumat di Internet berhubung skim berkenaan namun tidak menemui sesuatu yang meragukan.

“Bagaimanap­un, selepas beberapa bulan melabur, skim berkenaan mula menimbulka­n masalah kepada pelabur apabila bayaran keuntungan dijanjikan tidak diterima sejak April lalu,” katanya.

Lebih menggusark­an apabila skim ini mula disiasat pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dia yang melabur sebanyak 10 lot dengan modal tunai RM35,000 berkata, keuntungan yang sepatutnya dibayar pada 1 hingga 5 hari bulan setiap bulan semakin lewat diterima.

Katanya, dia juga sudah tiga bulan tidak menerima keuntungan pelaburan dengan pelbagai alasan diberikan ‘leader’ (ejen) mereka.

“Kami masih memberi peluang kepada mereka kerana leader berjanji akan diselesaik­an selepas musim haji ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelabur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia