Harian Metro

JSJK pantau Makkah Islamic Hotel

-

Kuala Lumpur: Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah menerima maklumat dan memantau pelabur skim ‘Makkah Islamic Hotel’.

Perkara itu diakui Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Acryl Sani, yang mengesahka­n pihaknya sedang meneliti pergerakan dan operasi syarikat pelaburan itu selepas dikaitkan dengan skim penipuan cepat kaya.

Acryl berkata, pihaknya mengambil langkah memantau syarikat pelaburan itu berikutan wujud aduan orang ramai terutama di laman web dan media sosial berhubung skim ditawarkan.

“Kami sudah membuat semakan berhubung kewujudan syarikat itu. Kami akan bekerjasam­a dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di setiap negeri untuk menyemak sekiranya ada laporan dibuat berkaitan penipuan dilakukan syarikat itu.

“Justeru sebagai langkah awal, kami akan melakukan pemantauan terhadap syarikat itu selaras dengan aduan diterima daripada orang awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, JSJK masih membuat siasatan berhubung dakwaan bahawa syarikat terbabit mempunyai kaitan dengan skim pelaburan cepat kaya berlandask­an islam iaitu Mecca Fund Global yang aktif pada 2014.

Bagaimanap­un pelaburan Mecca Fund Global sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama kemudian.

“Buat masa sekarang, kami masih menyiasat hubungan dan kaitan antara kedua-dua skim berkenaan memandangk­an mereka menggunaka­n modus operandi yang sama iaitu menawarkan pulangan lumayan dengan bermodalka­n pelaburan hartanah di Makkah.

“Berdasarka­n laporan diterima, wujud banyak skim pelaburan cepat kaya berlandask­an Islam di negara ini. Mereka menggunaka­n individu berpengaru­h dalam agama untuk menarik minat orang ramai melabur dengan menyasarka­n golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana sebagai sasaran memandangk­an komuniti itu terdesak bagi menambahka­n pendapatan,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai tidak mempercaya­i sebarang skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan kerana tiada perniagaan boleh mendatangk­an keuntungan dengan cara mudah.

“Walaupun isu mengenai penipuan skim cepat kaya sering kali dilaporkan di media, namun masih ramai dalam kalangan masyarakat terjebak dengan sindiket itu, malah membabitka­n nilai kerugian tinggi hingga mencecah jutaan ringgit.

“Justeru saya menyeru orang ramai tidak terpedaya dengan tipu helah skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan kerana tiada jalan mudah untuk mengaut keuntungan berganda dalam tempoh singkat,” katanya.

 ?? Acryl Sani ?? WARTAWAN Harian Metroditip­u.
bersama mangsa yang Berdasarka­n laporan diterima, wujud banyak skim pelaburan cepat kaya berlandask­an Islam di negara ini. Mereka menggunaka­n individu berpengaru­h dalam agama untuk menarik minat orang ramai melabur dengan...
Acryl Sani WARTAWAN Harian Metroditip­u. bersama mangsa yang Berdasarka­n laporan diterima, wujud banyak skim pelaburan cepat kaya berlandask­an Islam di negara ini. Mereka menggunaka­n individu berpengaru­h dalam agama untuk menarik minat orang ramai melabur dengan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia