Harian Metro

Redha terima anugerah khas

-

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah, kami menang lagi dan anugerah ini sangat bermakna serta pengiktira­fan tertinggi buat ibu bapa yang mempunyai anak autisme,” kata pengarah filem Redha Tunku Mona Riza selepas menerima tiga anugerah dalam Festival Filem Muslim Antarabang­sa ke-12 di Kazan, Russia, semalam.

Festival filem bermula pada 5 hingga 11 September lalu menobatkan Redha sebagai pemenang kategori Anugerah Khas Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaa­n dalam Sinematogr­afi, Anugerah Khas Pengkritik Sinema Russia dan Barisan Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem Rencana.

Mona berkata, dia mewakili pihak produksi mengucapka­n terima kasih kepada juri yang memilih filem terbabit sebagai pemenang.

“Ini detik terindah menyambut kasih dan cinta ibu bapa yang sangat berdedikas­i dalam mendidik anak autisme.

“Bertemu anak autistik ketika muda memberi kesedaran kepada saya menghasilk­an filem mengenai autism yang belum diketahui cabaran dan kesannya kepada keluarga kanak-kanak itu,” katanya.

Festival itu diadakan atas inisiatif Majlis Mufti Russia, Agensi Budaya dan Sinematogr­afi Persekutua­n Russia dan Kementeria­n Budaya Republik

Tatarstan dengan mendapat sokongan Presiden Republik Tatarstan.

Penganjur festival itu memilih 400 filem dari 67 negara termasuk Eropah, Amerika, Australia dan Asia yang dianalisis oleh bahagian kehormat Russia dan pengkritik filem luar.

Sebelum ini, Redha memenangi dua anugerah di Festival Filem Filipina 2016 yang berlangsun­g di Manila pada Julai lalu dengan meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan aktres June Lojong dan Anugerah Khas Juri selain Anugerah Merit dalam Festival Filem Kesedaran 2016 yang berlangsun­g di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Redha merupakan filem diinspiras­ikan daripada kisah benar memaparkan kehidupan pasangan suami isteri, Alina lakonan June Lojong dan Razlan (Namron) menjadi terumbang-ambing dalam menghadapi realiti perjuangan sebenar untuk membesarka­n seorang anak istimewa, Danial (Harith Haziq) yang menghidap autisme. Kuala Kubu Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menahan kesakitan 30 minit apabila kaki kanan tersepit pada besi longkang di hadapan rumah di Taman Seruling, di sini.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa, Carlsson Changgai Anak Cundang sedang bermain bersama rakan.

Bagaimanap­un, mangsa berjaya diselamatk­an anggota bomba yang memotong besi longkang itu untuk mengeluark­an kaki mangsa.

Carlsson yang ditemui berkata, dia tidak menyedari terdapat lubang pada besi longkang ketika sedang berlari mengejar belon.

“Saya cuba menarik keluar kaki namun lutut berasa sakit. Saya segera menjerit meminta bantuan keluarga,” katanya.

Ibunya, Masysianna Anak Sumpang, 33, berkata, dia berterima kasih kepada anggota bomba yang bertindak pantas menyelamat­kan anaknya.

 ??  ?? CARLSSON menahan kesakitan akibat kaki tersangkut pada besi longkang.
CARLSSON menahan kesakitan akibat kaki tersangkut pada besi longkang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia