Harian Metro

Mimpi al-Quran

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

“Dua minggu lalu, ibu ada beritahu dia bermimpi boleh baca al-Quran dan selepas itu terus berminat mendalami Islam,” kata penyanyi era 1990-an, Shila Lama, 49.

Shila atau nama sebenarnya Nabila Shila Lama Abdullah berkata, ibunya, Wong Lan Eng, 70-an, selalu bertanya berkenaan Islam sejak lima tahun lalu.

“Namun, dia masih belum bersedia memeluk Islam walaupun saya, adik lelaki dan arwah kakak memeluk Islam lebih 10 tahun lalu.

“Hari Raya Aidiladha tahun ini sangat bermakna buat kami sekeluarga apabila ibu memberi keputusan mahu masuk Islam dan mengucapka­n dua kalimah syahadah di depan saya serta adik,” katanya ketika ditemui selepas proses pengislama­n ibunya sempena Majlis Qurban Perdana Bersama Mualaf di padang bola Kampung Cheras, Baru, di sini, semalam.

Paling menyentuh hati apabila tepat jam 12.10 tengah hari, Wong diislamkan anak lelakinya, Muhammad Johan Haiqal Abdullah, 37, dan mengucapka­n dua kalimah syahadah di depan dua anaknya dan disaksikan Ustaz Kamarudin Abdullah serta 3,000 mualaf yang hadir.

Wong berkata, dia gembira apabila sah memeluk Islam

„ Ibu Shila Lama peluk Islam lepas lihat 3 anak jalani hidup sebagai mualaf

tanpa sebarang masalah.

“Saya gembira dengan dan mendapat hidayah memeluk Islam apabila melihat tiga anak menjalani kehidupan sebagai Muslim yang taat pada agama.

“Walaupun anak dan cucu beragama Islam, mereka tetap menghormat­i saya. Jadi, itulah menjadi perkara utama saya memilih Islam,” katanya yang bercadang memilih Fatimah sebagai nama Islamnya.

Sementara itu, Shila yang juga Pengerusi Koperasi Permodalan Mualaf Berhad berkata, majlis korban itu anjuran koperasi terbabit hasil idea dan sumbangan penaungnya, Datuk Seri Muhammad Ali Rengen

Abdullah.

 ??  ?? SHILA memeluk ibunya selepas proses pengislama­n di Kampung Cheras Baru, semalam.
SHILA memeluk ibunya selepas proses pengislama­n di Kampung Cheras Baru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia