Harian Metro

Adik nakal harum nama di luar negara

-

Arau: “Setiap kali berada di luar negara, dia akan ‘WhatsApps’ kepada saya. Terdetik rasa bangga di hati apabila adik saya yang dulunya nakal, kini sudah ‘terbang’ ke merata dunia mengharumk­an nama negara.”

Begitu kata Siti Aminah Romly, 29, yang melahirkan rasa teruja apabila adiknya, Abdul Latif, 19, atlet sensasi paralimpik mengharumk­an nama negara dengan meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajar­an) sekali gus mencipta rekod dengan lompatan 7.60 meter dalam Sukan Paralimpik di Rio, Brazil, malam kelmarin.

Siti Aminah berkata, dan juga aktiviti yang sedang dilakukan,” katanya ditemui selepas menyaksika­n kemenangan adik istimewany­a bersama bapa Romly Mat, 65, dan ibunya Salmah Yatim, 58, menerusi Youtube di Pusat Khidmat Parlimen (PKP) Arau, di sini.

Selain ahli keluarga Abdul Latif, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk

Seri Shahidan Kassim turut hadir memberikan sokongan bersama 30 penyokong termasuk jurulatih dan rakan atlet orang kurang upaya (OKU) negeri.

Menurutnya, walaupun Abdul Latif mengalami masalah pembelajar­an dan hanya mengenal huruf pada usia 15 tahun, namun semangat adiknya sangat tinggi untuk membuktika­n dia mampu berbakti kepada negara.

“Dia (Abdul Latif) menyertai pelbagai acara dalam olahraga termasuk pecut dan balapan. Bakatnya mula digilap perlahan-lahan oleh guru di Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong di Beseri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di Kangar sebelum dia berhijrah ke Kuala Lumpur menyertai Majlis Sukan Negara (MSN) selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Bermula dari situ, kata Siti Aminah, bakat adiknya semakin berkembang apabila menjuarai beberapa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia