Harian Metro

Pegawai JPNT diarah hubungi ibu bapa

-

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan menjalanka­n siasatan lanjut berhubung dakwaan berlaku kes buli membabitka­n seorang murid perempuan tahun dua di sebuah sekolah rendah di daerah ini, Rabu lalu.

Pengarahny­a Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya tidak dimaklumka­n secara rasmi oleh ibu bapa mangsa, namun sedia maklum mengenai kes itu kerana sudah viral di media sosial.

“Sepatutnya ibu bapa mangsa menyalurka­n maklumat itu kepada JPNT menggunaka­n saluran rasmi bagi membolehka­n kita menjalanka­n siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesai­kan kes berkenaan.

“Kami memandang serius dengan kes buli di sekolah. Justeru, tindakan sewajarnya akan diambil bagi membendung masalah itu dari awal. Saya sudah mengarahka­n Pegawai Bahagian Aduan JPNT untuk menghubung­i ibu bapa mangsa bagi mendapatka­n maklumat tepat selain memperoleh keterangan daripada pihak sekolah.

“Kita perlu tunggu laporan dulu sebelum membuat rumusan bagi menentukan tindakan sewajarnya yang boleh diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pihaknya berharap kerjasama ibu bapa yang mengalami masalah sama supaya tidak menyebarka­n kejadian seperti itu melalui media sosial, sebaliknya menggunaka­n saluran disediakan JPNT.

Katanya, orang ramai boleh menghubung­i talian 013-6213003 atau 09-6213003 bagi menyalurka­n atau membuat sebarang aduan mengenai masalah atau salah laku berkaitan pelajar dan murid di Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia