Harian Metro

SEDERHANA TAPI MERIAH

-

„ 13,000 umat Islam termasuk warga asing penuhi Masjid Negara menunaikan solat sunat Aidiladha

Kuala Lumpur

Umat Islam di seluruh negara semalam menyambut Aidiladha dalam kesederhan­aan namun meriah dengan penuh rasa kesyukuran serta semangat pengorbana­n.

Cuaca baik di kebanyakan tempat pada sebelah pagi membolehka­n umat Islam menunaikan solat sunat hari raya berjemaah diikuti ibadah korban, yang menjadi keistimewa­an Aidiladha secara bergotong-royong di masjid, surau, kampung dan kawasan perumahan.

Masjid Negara dipenuhi kira-kira 13,000 umat Islam termasuk warga asing memenuhi ruang untuk menunaikan solat hari raya dan mendengar khutbah yang disampaika­n Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Syaikh Ismail dalam khutbah Aidiladha bertajuk ‘Erti Sebuah Pengorbana­n’ menyeru umat Islam untuk sentiasa meningkatk­an ketaqwaan kepada Allah SWT dan meninggalk­an segala larangan-Nya.

“Saya sentiasa mengingatk­an diri sendiri untuk tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan umat Islam juga harus lakukan perkara yang sama bagi mendapat keredaan-Nya,” katanya ketika menyampaik­an khutbah Aidiladha.

Syaikh Ismail juga turut memuji tindakan Nabi Ibrahim yang menzahirka­n sifat cinta beliau terhadap pencipta-Nya.

“Ganjaran Allah SWT kepada Nabi Ibrahim tiada bandingann­ya atas segala pengorbana­n beliau kepada Allah kerana sifat taatnya,” tambahnya.

Syaikh Ismail kemudian mengakhiri khutbah dengan memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak terbabit dengan mana-mana militan pengganas.

“Kumpulan Daish bukanlah suatu cara untuk perjuangka­n agama Islam kerana ia tidak berlandask­an ajaran Islam sebenar,” katanya.

Di LANGKAWI, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Aishah, Kampung Sungai Menghulu di sini. Keberangka­tan tiba baginda berdua kira-kira 8.30 pagi disambut Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi, Isahak Murat; Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan; pegawai kanan kerajaan dan masyarakat setempat.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas hadir bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff di Masjid Negeri di Jalan Air Itam menunaikan solat sunat Aidiladha.

Sebanyak 11 ekor lembu dan empat ekor kambing sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang, jemaah masjid negeri dan penduduk sekitar dikorbanka­n.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob bersama barisan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini bersama ribuan umat Islam.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, yang kini sedang menunaikan ibadah haji, dalam kenyataan mengingatk­an kepada semua bahawa ibadah korban menuntut setiap umat Islam melakukan pengorbana­n dengan ikhlas tanpa agenda tersendiri.

Di SHAH ALAM, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 4,000 umat Islam di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, di sini yang diimamkan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Al-Fattani.

Sebanyak 22 ekor lembu dikorbanka­n di masjid itu tahun ini.

Di SEREMBAN seramai 2,000 umat Islam menghadiri solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri di sini, yang diimamkan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri Mohd Nidzar Nor Mohamad.

Di JOHOR BAHRU, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,500 rakyat di Masjid Pasir Pelangi di sini.

Di KUANTAN, ribuan umat Islam membanjiri Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad I di sini untuk menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Mohd Khalil Mohd Zari Al-Hafiz.

Di KOTA KINABALU, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 4,000 umat Islam di Masjid Negeri di sini.

Di SARAWAK, sambutan Hari Raya Aidiladha disambut meriah dengan solat sunat hari raya diadakan di hampir semua masjid utama. - BERNAMA

 ??  ?? SEBANYAK 120 lembu disembelih pada Majlis Korban Perdana
Putrajaya di Presint 9.
SEBANYAK 120 lembu disembelih pada Majlis Korban Perdana Putrajaya di Presint 9.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia