Harian Metro

Kosong terbakar Saya pernah lari asrama

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Remaja mampu hafaz al-Quran 4 bulan terkesan dengan Surah an-Nisa

Menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa empat bulan. Itu kemampuan luar biasa yang dilakukan salah seorang pelajar Akademi al-Quran Salsabila, Bandar Sri Damansara, di sini dalam mengejar cita-cita untuk bergelar hafizah.

Namun, di sebalik pencapaian mengagumka­n Nur Natasha Najwa Mohd Rizal, 17, itu terdapat kisah tersendiri boleh dianggap sebagai dugaan sebelum dapat menguasai sepenuhnya kalam Allah.

Selain Nur Natasha Najwa, adiknya Muhammad Syazwan Jehan, 15, juga menghafal al-Quran dalam tempoh singkat iaitu tujuh bulan yang turut belajar di akademi berkenaan di bawah Program Hafiz Dinamik (PhD).

Katanya, Akademi al-Quran Salsabila adalah kelas hafazannya ke-11 kerana sebelum ini pernah belajar di 10 kelas yang lain tetapi tidak berjaya.

“Semua itu kerana kesilapan diri sendiri (saya) yang tidak dapat memberi tumpuan terhadap hafazan al-Quran kerana terpaksa.

“Pada mulanya, saya masuk sekolah hafazan bukan kerana kerelaan hati sebaliknya dihantar oleh mama yang mahu anaknya menjadi Hafizah,” katanya kepada Harian Metro.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia pernah melarikan diri dari asrama pada waktu malam bersama rakan hanya kerana tidak mahu tinggal di asrama sekolah hafazan.

“Kejadian itu menyebabka­n kemarahan mama memuncak, tetapi dia (mama) tetap menghantar saya ke sekolah hafazan lain di Hulu Langat.

“Di sana (Hulu Langat) saya tetap buat perangai (tidak mahu tinggal di asrama) dan akhirnya mama mengambil keputusan menghantar saya ke sini (Akademi al-Quran Salsabila),” katanya dan menambah sebulan sekali menjadi rutinnya khatam al-Quran.

Katanya, teknik hafazan yang dilaksanak­an di akademi berkenaan menyuntik minatnya sehingga boleh menghafal 30 juzuk al-Quran hanya dalam tempoh empat bulan.

“Semasa dalam proses menghafal, saya dapat merasai keindahan al-Quran dan menganggap ia adalah ‘buku terbaik’ kerana kandungann­ya membimbing manusia ke jalan diredai Allah.

“Paling terkesan ketika menghafal Surah an-Nisa kerana surah itu berkisar perihal wanita.

“Mendalami maksud ayat bagi surah ini akan dapat mengesan ‘teguran Allah’ supaya wanita berubah menjadi lebih baik mengikut tertib Islam,” katanya.

Nur Natasha Najwa berkata, menjadi penghafaz al-Quran turut tidak terlepas dengan pandangan serong masyarakat yang mempertika­ikan masa hadapannya kerana tidak mempunyai akademik.

Katanya lagi, namun itu tidak pernah menjadi kudis kepadanya, sebaliknya menganggap sebagai cabaran untuk membuktika­n persepsi berkenaan adalah satu kesilapan kerana dia sedang mengikuti kelas akademik secara persendiri­an untuk menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan.

“Bagi saya, bidang agama dan akademik sama pentingnya kerana ia akan lebih memudahkan saya untuk merealisas­ikan impian menjadi ahli perniagaan sebagai kerjaya kelak,” katanya.

Muhammad Syazwan Jehan berkata, dia bersyukur berjaya khatam al-Quran pada 30 Ogos lalu setelah tujuh bulan berhempas pulas menghafaln­ya.

“Saya memilih mengikuti kelas hafazan di sini atas ajakan kakak (Nur Natasha Najwa) selepas tertarik dengan teknik digunakan sehingga boleh menghafal dalam tempoh singkat.

“Kini saya dalam proses pengulanga­n semula hafazan dan gembira dapat memenuhi hasrat mama mahu kami dua beradik menghafal

30 juzuk al-Quran,” katanya.

Katanya, dia mempunyai impian untuk membuka pusat tahfiz al-Quran supaya lebih ramai masyarakat dapat mengikuti jejak langkahnya.

 ?? FOTO: Mohd Yusni Mohd Ariffin ?? USTAZ Muhamad Hamzah Ibrahim antara tenaga pengajar di Akademik al-Quran Salsabila tekun mendengar hafazan Nur Natasha (kiri).
FOTO: Mohd Yusni Mohd Ariffin USTAZ Muhamad Hamzah Ibrahim antara tenaga pengajar di Akademik al-Quran Salsabila tekun mendengar hafazan Nur Natasha (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia