Harian Metro

BERAT TAK SAMA?

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

„ Peniaga Pasar Borong Selayang kaut untung haram guna helah penimbang

Gombak

Berhati-hati jika membeli barangan basah di Pasar Selayang di sini, berikutan terdapat segelintir peniaga warga asing dikesan melakukan penipuan berat timbangan barangan dijual.

Lebih mengejutka­n apabila barangan dibeli seperti ikan, sotong atau udang akan berkurang berat antara 150 gram hingga 300 gram bagi setiap satu kilogram dibeli pelanggan.

Tindakan itu diyakini bertujuan bagi mengaut keuntungan lebih tanpa pelanggan menyedari mereka ditipu dengan mudah.

Salah seorang mangsa Mohd Yusoff Abdullah, 43, berkata, dia menyedari ditipu selepas membeli sekilogram udang yang dijual pada harga

RM23 pada pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, dia yang membeli udang itu daripada seorang peniaga warga Myanmar terkejut apabila mendapati udang dibeli itu hanya mempunyai berat sekitar 800 gram.

“Berat udang itu susut 200 gram selepas saya menggunaka­n alat timbang elektronik di rumah. Saya yakin alat timbang yang digunakan peniaga itu diubah suai bertujuan untuk menipu orang ramai.

“Walaupun jumlah berat yang susut itu tidak terlalu besar namun ia tetap satu bentuk penipuan. Saya harap pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat melakukan siasatan,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan yang juga pesara kerajaan, Yahya Saad, 58, berkata, dia turut ditipu ketika membeli udang seberat dua kilogram.

Menurutnya, udang dibeli hanya seberat 1.3 kilogram apabila ditimbang semula menggunaka­n alat timbang yang sudah ditentu sah oleh KPDNKK.

Sementara itu, wartawan Harian Metro turut melakukan penyamaran sebagai pelanggan di pasar itu, kelmarin.

Ternyata sotong seberat satu kilogram yang dibeli wartawan daripada seorang peniaga warga asing didapati hanyalah seberat 720 gram apabila ditimbang semula menggunaka­n alat penimbang lain.

Penguranga­n sebanyak 280 gram itu tidak termasuk kandungan air yang turut bercampur dengan sotong dijual.

Ketika penyamaran dilakukan, peniaga gerai terbabit cuba menipu orang ramai dengan menawarkan harga jauh lebih murah berbanding harga ikan dan sotong dijual peniaga lain berhampira­n.

Malah wartawan mendapati jarum pada alat timbang digunakan menunjukka­n angka tepat satu kilogram ketika belian dilakukan.

Ramai pengguna yang tidak berhati-hati diyakini tertipu kerana logiknya mereka akan terus memasak makanan itu apabila sampai ke rumah.

Tinjauan juga mendapati kehadiran pendatang asing ke pasar itu tidak disenangi peniaga tempatan di situ.

Seorang lagi mangsa, Ahmad Zaidi (bukan nama sebenar) berkata, dia turut ditipu apabila ketam yang dibeli tidak cukup berat timbangann­ya.

Menurutnya, berat ketam yang sepatutnya 1.5 kilogram hanya didapati seberat 1.2 kilogram apabila ditimbang semula.

 ??  ?? PENGALAMAN wartawan dedah penipuan dilakukan penjual.
PENGALAMAN wartawan dedah penipuan dilakukan penjual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia