Harian Metro

Penimbang perlu pengesahan MCM

-

Kuala Lumpur: Masih ada peniaga tamak dikesan menggunaka­n alat timbang haram atau mengubah suai alatan itu untuk mengaut untung lebih.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Othman Nawang berkata, alat timbang yang digunakan peniaga harus ditentu sah terlebih dahulu oleh Metrology Corporatio­n Malaysia (MCM).

“Mengikut Akta Timbang Dan Sukat 1972, semua alat yang dipakai untuk tujuan perniagaan haruslah ditentu sah terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Selepas tempoh 12 bulan, alat timbang dan sukat berkenaan diwajibkan untuk menjalani pemeriksaa­n semula.

“MCM juga akan mengeluark­an pelekat keselamata­n berwarna hijau yang mencatatka­n tarikh tamat tempoh sah alat timbangan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan peniaga yang didapati tidak mengikut peraturan ditetapkan.

>>Barangan berkuranga­n berat antara 150 gram hingga 300 gram bagi setiap satu kilogram

Katanya isu seperti penipuan timbang sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

Beliau menasihati pengguna melaporkan kepada pihaknya sebarang bentuk penipuan oleh peniaga tamak ini.

“Pengguna boleh membuat aduan di talian aduan bebas tol KPDNKK 1-800-886-800 atau e-mel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my sekiranya curiga terhadap urus niaga membabitka­n alat timbang digunakan,” katanya..

 ??  ?? BERAT sotong yang dibeli kurang dari satu kilogram.
BERAT sotong yang dibeli kurang dari satu kilogram.
 ?? Othman Nawang ?? MCM akan mengeluark­an
pelekat keselamata­n
Othman Nawang MCM akan mengeluark­an pelekat keselamata­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia