Harian Metro

500 sukarelawa­n bantu program

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Kira-kira 3,000 penduduk sekitar Taman Cendana dekat Pasir Gudang dijangka memeriahka­n program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena Aidiladha yang berlangsun­g hari ini.

Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/BPI) Harian Metro yang juga Pengerusi TKHM Othman Mamat berkata, sehubungan itu, 25 lembu disembelih dengan sebahagian daripadany­a dimasak untuk menjamu tetamu.

Menurut beliau, program yang disifatkan seperti jamuan Aidiladha untuk penduduk sekitar Taman Cendana itu diharap dapat memberi sedikit kegembiraa­n kepada mereka yang sebahagian­nya kurang berkemampu­an.

“Selepas bersama-sama bergotong-royong melaksanak­an ibadat korban, kami akan menyediaka­n juadah istimewa buat tetamu yang hadir iaitu sup tulang selain kari daging yang dihidangka­n selepas solat Zuhur.

“Lebih istimewa, tukang masak untuk juadah istimewa ini ialah 50 ahli kariah Masjid Blok 43, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Cendana yang dikenali hebat dalam menyediaka­n juadah enak,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pada program sama, daging korban akan diagihkan kepada 1,400 individu.

“Selain itu, 150 asnaf akan menerima Kotak Rezeki Harian Metro yang berisi barangan keperluan harian,” katanya.

Johor Bahru: Lebih 500 sukarelawa­n terdiri daripada kakitangan Harian Metro, Persatuan Belia Taman Cendana selain Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) terbabit dalam program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena Aidiladha yang berlangsun­g hari ini.

Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/BPI) Harian Metro yang juga Pengerusi TKHM Othman Mamat berkata, sukarelawa­n terbabit membantu sepanjang program berlangsun­g daripada proses sembelihan sehingga melapah 25 lembu dalam ibadat korban itu.

“Rombongan Harian Metro selamat tiba dan menginap di Hotel Swiss Inn di sini. Kami tidak sabar untuk bertemu penduduk di Taman Cendana, Pasir Gudang bagi merealisas­ikan program kali ini.

“Kami berbesar hati kerana program ini turut mendapat sokongan padu dan kerjasama penduduk termasuk Ahli Jawatankua­sa Masjid An-Nur Pasir Gudang, Persatuan Penduduk Zon Taman Cendana, Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), Takaful Ikhlas dan PSSCM.

“Kami bersama-sama turun padang kali ini bagi melaksanak­an persiapan akhir termasuk hiasan khemah, pemasangan bunting bagi memastikan program berlangsun­g meriah,” katanya, semalam.

Menurut beliau, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar juga akan hadir pada program berkenaan.

 ??  ?? SESI taklimat ahli kariah masjid. OTHMAN (tengah) bersama ahli kariah masjid bergotong-royong memasang kain rentang. OTHMAN (tiga dari kiri) bersama ahli kariah masjid membuat persiapan akhir sempena Program Ibadah Korban Titipan Kasih Harian Metro....
SESI taklimat ahli kariah masjid. OTHMAN (tengah) bersama ahli kariah masjid bergotong-royong memasang kain rentang. OTHMAN (tiga dari kiri) bersama ahli kariah masjid membuat persiapan akhir sempena Program Ibadah Korban Titipan Kasih Harian Metro....
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia