Harian Metro

Kapal Puteri tiada AIS, sistem radio tak berfungsi

-

Kota Kinabalu: Kapal Puteri yang menjadi sasaran terbaru penculik tidak dilengkapi Sistem Pengenalan Automatik (AIS) selain sistem radio tidak berfungsi ketika keluar menangkap ikan di perairan Pom Pom, Sabtu lalu,

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata, ia menyebabka­n pasukan keselamata­n sukar mengesan atau memberi bantuan kepada nelayan terbabit ketika diserang kumpulan penculik bersenjata.

“Sealin sistem radio, AIS membantu pasukan keselamata­n mengesan bot atau kapal yang beroperasi di perairan pantai timur negeri terutama pada waktu malam.

“Sekiranya berdepan kecemasan termasuk insiden penculikan, kami lebih mudah mengesan dan bergegas ke lokasi bot dalam tempoh yang lebih singkat sekali gus menjejaki kumpulan penculik itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Tambahnya, Puteri yang dinaiki 16 nelayan termasuk tiga warga Filipina yang diculik, Sabtu lalu, mempunyai permit kebenaran Perintah Berkurung bagi membolehka­n mereka menangkap ikan pada waktu malam.

“Setakat ini, masih ada pemilik bot dan persatuan nelayan yang enggan memasang AIS, mungkin tidak mahu pergerakan mereka dikesan terutama ketika melakukan kesalahan termasuk menangkap ikan di luar perairan sempadan negara.

“Dalam masa sama, segelintir nelayan mendakwa kos pemasangan AIS agak mahal iaitu sekitar RM2,000 hingga RM3,000,” katanya.

Sebelum ini, Abd Rashid memberi tempoh kepada persatuan nelayan dan pemilik bot sehingga 8 Ogos lalu untuk memasang AIS bagi membolehka­n mereka beroperasi ketika pelaksanaa­n perintah berkurung.

“Saya menyedari mereka juga mempunyai kekangan tertentu, sekali gus menyukarka­n pemasangan AIS dilakukan dalam tempoh itu.

“Mereka juga perlu menempahny­a terlebih dulu apatah lagi jumlah nelayan di pantai timur negeri ini ramai.

“Justeru, sukar bagi mereka memasang AIS sekali gus atau dalam tempoh singkat,” katanya.

Sabtu lalu, tujuh lelaki bersenjata melarikan seorang juragan dan dua kru Kapal Puteri ketika berlabuh antara Pulau Gaya dan Buhey Dulang.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, juragan yang dikenali sebagai Masurin, 50-an, bersama dua kru kapal Loloi Alpin dan Sami, kedua-duanya berusia 30-an, dilarikan suspek menaiki bot laju putih, dipercayai ke selatan Filipina.

Menurut Abd Rashid, sehingga semalam, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan daripada penculik berhubung tiga mangsa terbaru itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia