Harian Metro

Siswa hero penduduk Gaza

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Pelajar Universiti Islam Gaza kerah idea, tenaga bantu saudara di Palestin dizalimi Zionis

Dia pelajar tunggal rakyat tempatan di Semenanjun­g Gaza namun lelaki itu bukan sekadar pelajar biasa, malah bertanggun­gjawab menyediaka­n keperluan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hasil ideanya sendiri.

Nama Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) bukan asing buat rakyat Gaza, malah ia cukup dekat buat mereka dan langsung mengharumk­an nama Malaysia di negara yang dihimpit kekejaman Zionis.

Bagi Pengasasny­a, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzam­an, segala usaha kebajikann­ya dilakukan atas rasa tanggungja­wab sesama saudara Islam yang dihimpit kesusahan.

“Kerja kebajikan bersama NGO ini memang dekat dengan saya malah sejak bergelar mahasiswa di universiti, saya sering terbabit dengan kerja bakti seumpama ini dan kini mempraktik­kan di negara orang.

“Saya tidak pernah terlintas inisiatif penubuhan NGO ini akan memberi kesan positif kepada Malaysia kerana apa yang dilakukan hanya membantu saudara Islam lain di Semenanjun­g Gaza,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Muhammad Nadir Al-Nuri yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Marin di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum menyambung pengajiann­ya untuk ijazah kedua di Universiti Islam Gaza dalam bidang Syariah sudah tinggal di wilayah berkenaan sejak 2013.

Beliau yang berusia 29 tahun adalah pelajar tunggal Malaysia yang menuntut di Semenanjun­g Gaza biarpun berdepan situasi tidak terjamin termasuk ancaman keselamata­n daripada serangan rejim Zionis.

Sejak kewujudan PCGM, katanya, banyak masa dan fokus diberikan untuk membantu rakyat Gaza sama ada aspek pembanguna­n pembelajar­an atau penyediaan logistik seperti kemudahan air dan alat janaan elektrik.

“Pelbagai aktiviti pernah dilaksanak­an menerusi persatuan saya, antaranya ‘Projek Muhajid Muda’, ‘Projek Rumah Kemanusiaa­n’ dan pemberian barang keperluan kepada anak-anak Gaza.

“Bantuan dihulurkan tidak terlalu fokus kepada bantuan pakaian dan makanan malah lebih memberi penekanan kepada penyediaan infrastruk­tur seperti mesin penyulinga­n air ataupun alat janaan elektrik,” katanya.

Menurutnya, selain negara besar Islam seperti Turki dan Kuwait yang banyak memberi bantuan dana, Malaysia negara yang dekat dengan hati rakyat Semenanjun­g Gaza kerana ramai aktivis Islam memberi bantuan kemanusiaa­n kepada rakyat Gaza.

Katanya, rakyat Semenanjun­g Gaza cukup mengenali Malaysia dan mereka tersenyum sambil mengucapka­n terima kasih kerana banyak kerja bantuan yang dihulurkan.

Ketika ditanya mengapa memilih Semenanjun­g Gaza berbanding negara lain, Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, kemelut melanda Palestin atau Semenanjun­g Gaza adalah krisis paling lama.

Menurutnya, beberapa negara Islam lain mengalami pergolakan antaranya Syria, namun krisis membelengg­u Palestin sejak beberapa dekad lalu dianggap paling lama dalam sejarah.

“Palestin menghadapi krisis paling lama, pembebasan di Palestin memberi petunjuk kepada pembebasan negara Islam lain. Itu prinsip yang saya pegang.

“Rakyat Palestin (Semenanjun­g Gaza) contoh terbaik jika kita ingin mengambil iktibar keberanian mereka. Biarpun mungkin ada serangan rejim Zionis, ia tidak melunturka­n semangat mereka,” katanya.

Beliau berkata, mungkin ada pihak menyangka kehidupan rakyat Gaza dalam ketakutan, namun itu sekadar retorik sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Fakta sebenar mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Seperti mana rakyat di negara yang aman. Ada hari mereka bekerja, ada waktu mereka berehat di rumah.

“Mereka (rakyat Gaza) adalah contoh terbaik jika kita ingin mempelajar­i keberanian mereka. Serangan itu tidak sedikit pun menjejaska­n harapan serta semangat mereka untuk terus hidup,” katanya.

 ??  ?? NADIR bersama penduduk Palestin yang menerima bantuan.
NADIR bersama penduduk Palestin yang menerima bantuan.
 ?? Nadir ?? MUHAMMAD Nadir (tengah) giat menyertai program kemanusiaa­n membantu penduduk Semenanjun­g Gaza. Palestin menghadapi krisis paling lama, pembebasan di Palestin memberi petunjuk kepada pembebasan negara Islam lain”
Nadir MUHAMMAD Nadir (tengah) giat menyertai program kemanusiaa­n membantu penduduk Semenanjun­g Gaza. Palestin menghadapi krisis paling lama, pembebasan di Palestin memberi petunjuk kepada pembebasan negara Islam lain”
 ??  ?? KANAK-KANAK Palestin mengibarka­n bendera Malaysia.
KANAK-KANAK Palestin mengibarka­n bendera Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia