Harian Metro

Hajat tertunai

-

“Ini adalah penantian seumur hidup. Syukur Allah beri kesempatan untuk berada di sini dalam hayat saya,” kata jemaah warga emas Zahari Musa, 75.

Bapa kepada 14 anak berusia antara 24 hingga 48 tahun ini berkata, Arafah adalah destinasi yang diidamkan setiap orang kerana penuh dengan keberkatan dan doa yang makbul.

“Saya minta Allah permudahka­n kehidupan mendatang. Saya mahu meningkatk­an amalan untuk bekalan akhirat.

“Paling utama saya minta Allah ampunkan segala dosa saya dan seluruh ahli keluarga,” katanya yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan.

Menurut Zahari, walaupun mengalami sakit kaki, dia nekad untuk menyelesai­kan ibadat haji sehingga selesai.

Hamzah Jaafar, 73, pula berkata, dia memohon supaya dimurahkan rezeki dan juga meminta kesejahter­aan hidupnya serta anak dan cucu.

Dia yang menghidap masalah paru-paru berkata, sebelum ini dia sering mendengar kisah mengenai keistimewa­an hari Wukuf dan teruja apabila mendapat tawaran ke Tanah Suci.

“Tidak sangka dapat berada di sini dan sudah tentu kesempatan ini saya gunakan sebaik mungkin untuk beramal,” katanya.

Sementara itu, pembimbing ibadat haji Tanah Suci yang juga imam surau petugas Ustaz Zulkifli Ahmad al-Hafiz berkata, dia yang ditugaskan membimbing warga emas di Tanah Suci tidak berdepan banyak cabaran dalam melaksanak­an tugasnya.

Katanya, cuma ada seorang dua yang mengalami masalah untuk bergerak selain

„ Bapa 14 anak terharu dapat merasai hari Wukuf di Tanah Suci

masalah pendengara­n.

“Mereka mampu khatam al-Quran dalam masa singkat ketika di sini secara beramai-ramai.

“Kita adakan beberapa program pengisian ibadat untuk mereka,” katanya.

 ??  ?? ZAHARI (kiri) tekun bersama jemaah lain membaca al-Quran.
ZAHARI (kiri) tekun bersama jemaah lain membaca al-Quran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia