Harian Metro

Hilang nyawa di dasar sungai

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

„ Lelaki berenang untuk cari lala ditemui lemas

Hasrat seorang lelaki mahu mencari siput lala di Sungai Sitiawan berhampira­n Taman Rekreasi, Kampung Sitiawan, di sini, berakhir tragedi apabila dia tenggelam dan lemas dalam sungai terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa, R Sinaluthan, 48, dikatakan bersama dua rakannya ke kawasan rekreasi berkenaan untuk beriadah, sebelum turun ke dalam sungai untuk mencari siput lala.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori dikatakan mahu mencari siput lala kerana melihat orang ramai turut berbuat demikian.

Katanya, hasrat mangsa dihalang seorang individu, tetapi mangsa tetap meneruskan niatnya dan berenang ke tengah sungai.

“Bagaimanap­un, mangsa tiba-tiba tenggelam sebelum orang awam menghubung­i pihak berkuasa.

“Pasukan penyelamat yang menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat berjaya menemui lelaki itu 10 meter dari tempat mangsa dilaporkan tenggelam pada jam 6.18 petang (kelmarin). Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Penolong Penguasa Bomba Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.02 petang sebelum jentera bersama lapan anggota diketuai Ashaari Mat Radzi dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui mangsa di dasar sungai. Mayat lelaki itu dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui 10 meter dari tebing sungai.
MAYAT mangsa ditemui 10 meter dari tebing sungai.
 ??  ?? SINALUTHAN
SINALUTHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia