Harian Metro

Merangkak keluar ikut cermin

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ Bas persiaran bawa seramai 45 penumpang terbabas sebelum terbalik, terseret lebih 50 meter

“Kami kebanyakan­nya warga emas terpaksa merangkak keluar melalui cermin hadapan bas yang sudah berkecai,” kata Florence Tan, 65, salah seorang daripada 45 penumpang yang terbabit dalam kemalangan bas persiaran di kilometer 5.8, Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, semalam.

Dalam kejadian jam 9.17 pagi itu, seramai 37 penumpang cedera selepas bas dinaiki terbabas sebelum terbalik dan terseret lebih 50 meter.

Florence berkata, dia yang duduk di belakang pemandu bas itu mengikuti lawatan sehari ke lokasi menarik dan rumah ibadat di sekitar ibu kota dan Selangor.

“Sebelum tiba di lokasi kejadian, kami melawat sebuah pusat terapi kesihatan dan jualan langsung di Ampang sebelum menuju ke One City Mall, Shah Alam untuk beli-belah.

“Malangnya, apabila tiba di lokasi kejadian, bas dinaiki bergegar sebelum terbabas dan terbalik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, dia hanya mampu menjerit sebaik bas itu terbalik dan menggelung­sur.

“Selepas bas berhenti, saya nampak penumpang di sebelah berdarah di mukanya, malah ada yang patah kaki dan tangan.

“Saya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan, tetapi mengalami kesakitan di kaki akibat hentakan,” katanya.

Sementara itu, pemandu bas, K Gopalan, 42, berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat dan jalan basah.

“Apabila tiba di lokasi, saya tidak mampu mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terbalik. Nasib baik tiada penumpang yang mengalami kecederaan parah atau maut,” katanya.

Mengulas lanjut, Pegawai Turus Siasatan dan Perundanga­n, Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Deputi Superinten­dan Shafie Daud, berkata, kejadian dipercayai berpunca keadaan jalan yang licin dan basah.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada kesan brek manakala tayar bas pula masih berbunga dan dalam keadaan baik.

“Pemandu bas itu dibawa ke hospital untuk dibuat pemeriksaa­n darah bagi menentukan sama ada dia memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah,” katanya.

 ??  ?? SEORANG mangsa yang cedera dalam kejadian sebuah bas
persiaran terbalik.
MANGSA diberi bantuan awal sebelum
dibawa ke hospital.
SEORANG mangsa yang cedera dalam kejadian sebuah bas persiaran terbalik. MANGSA diberi bantuan awal sebelum dibawa ke hospital.
 ?? K Gopalan ?? Apabila tiba di lokasi, saya tidak mampu mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terbalik. Nasib baik tiada penumpang yang mengalami kecederaan parah atau maut”
K Gopalan Apabila tiba di lokasi, saya tidak mampu mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terbalik. Nasib baik tiada penumpang yang mengalami kecederaan parah atau maut”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia