Harian Metro

Sokong ‘musang berbulu ayam’ keluar parti

-

pentadbira­n sekolah berasrama penuh dan kementeria­n yang terbabit wajar melakukan naziran dan penilaian semula terhadap situasi dan persekitar­an pembelajar­an di sekolah-sekolah asrama di seluruh negara kita bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabka­n segelintir pelajar asrama penuh bertukar karakter menjadi ganas dan terbabit dengan budaya buli. Ringkasnya imej dan nama baik sekolah asrama perlu dipulihkan dengan segera.

Cukup-cukuplah apa yang didedahkan dan berlaku sebelum ini. Kita tidak mahu gejala buli terus menghantui masyarakat kita dan kita juga tidak mahu masa depan anak-anak kita terjejas angkara tangan-tangan individu yang kurang perhatian dan kasih sayang sehingga boleh menjejaska­n keselamata­n dan masa depan anak-anak. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani gejala buli ini dari terus berleluasa di sekolah kita. Sekolah dan universiti sepatutnya menjadi antara tempat yang cukup selamat dengan persekitar­an yang menarik dan mesra ilmu demi melahirkan golongan cerdik pandai negara kita.

Minggu lalu, dua veteran UMNO Johor yang juga Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai Tosrin Jarvanti membuat keputusan drastik apabila secara rasmi mengumumka­n keluar parti.

Biarpun tindakan kedua-dua mereka seperti memberi tamparan kepada UMNO khususnya di Johor, namun jika dilihat daripada aspek berorganis­asi, kedua-dua individu itu sebenarnya mengambil langkah yang betul dengan membuat keputusan keluar selepas berasakan tidak lagi serasi atau sesuai untuk terus kekal berada dalam organisasi lamanya.

Berbanding dengan tindakan sesetengah ahli yang bersikap seperti ‘musang berbulu ayam’ apabila terus menyerang dan menghentam parti tetapi pada masa sama masih mahu kekal dalam organisasi itu, tindakan kedua-dua individu itu boleh dianggap sebagai ‘gentleman’.

Tindakan dilakukan Baharom dan Tosrin itu sepatutnya digalakkan dan perlu disokong dalam usaha membersihk­an rumah besar UMNO daripada anasir atau elemen yang boleh mengganggu gugat keutuhan dan kekuatanny­a, bukannya dicaci, dimaki dan dihina.

Dalam hal ini, kepemimpin­an parti perlu memberi pilihan, peluang dan ruang yang seluas-luasnya kepada semua ahli tanpa mengira apa juga jawatan dan kedudukan disandangn­ya untuk membuat keputusan sama ada mahu kekal atau sekarang ini popular disebut sebagai istiqamah atau berpisah (mufarakah).

Jika mahu terus kekal dalam organisasi yang sudah terbukti mampu bertahan selama lebih tujuh dekad ini dan meneruskan agenda perjuangan besarnya untuk agama, bangsa dan negara, mereka perlu mematuhi dan mengikut disiplin yang sudah ditetapkan parti.

Begitu juga jika berasakan diri sudah tidak lagi serasi atau sesuai untuk terus kekal dan berada dalam rumah besar UMNO dan bercadang berpindah ke rumah baru, mereka perlu berbuat demikian secara bermaruah, secara sukarela tanpa paksaan, bukan secara hina apabila dihalau dan dihambat keluar.

Ahli parti tiada pilihan dan perlu membuat pilihan. Mereka tidak boleh bersikap sebelah kaki mahu terus kekal berada dalam rumah besar UMNO manakala sebelah kaki lagi seolah-olah mahu mengikut bekas pemimpin mereka berpindah ke rumah baru.

Apabila mereka sudah membuat keputusan secara sukarela, kepemimpin­an parti diharapkan tidak lagi mengeluark­an kenyataan atau kata-kata berbentuk sindiran, cacian atau penghinaan, sebaliknya perlu fokus memberikan motivasi dan memulihkan semula semangat kepada ahli yang masih terus istiqamah dengan perjuangan parti.

Hal itu kerana sekurang-kurangnya dengan tindakan mereka keluar parti secara sukarela, sudah separuh membantu memudahkan pihak pengurusan untuk membuat tindakan membersihk­an parti daripada ahli-ahli yang tidak setia yang bersikap seperti ‘musang berbulu ayam’ dan sebagainya.

Dalam hal ini juga, mungkin lebih baik parti memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatk­an lagi kualiti ahli-ahlinya yang bakal menjadi panglima dan hulubalang perang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan datang tahun depan berbanding hanya berbangga dengan kuantiti ahli-ahlinya.

UMNO mungkin boleh melihat kepada cara PAS dalam mendepani bekas ahlinya yang sudah mufarakah dan menubuhkan parti baru, tambahan ini bukan kali pertama ahli-ahli keluar parti untuk menubuhkan atau menyertai parti baru.

Untuk rekod, sejak penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946, parti politik terbaru yang mahu ditubuhkan oleh bekas presiden dan bekas timbalan presidenny­a itu adalah serpihan yang kelima, bukan satu, dua, tiga atau empat.

 ??  ??
 ??  ?? BAHAROM (kiri) mengumumka­n keluar parti sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gelang Patah, minggu lalu.
BAHAROM (kiri) mengumumka­n keluar parti sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gelang Patah, minggu lalu.
 ??  ?? KEJADIAN seorang murid
memukul rakannya di Sekolah Agama Negeri (SAN) Putatan yang vital,
baru-baru ini.
KEJADIAN seorang murid memukul rakannya di Sekolah Agama Negeri (SAN) Putatan yang vital, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia