Harian Metro

21 HARI DI LEBUHRAYA KARAKORAM

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Kayuhan 21 hari secara solo menyusuri Lebuhraya Karakoram - antara jalan raya antarabang­sa berturap tertinggi di dunia berhampira­n sempadan China-Pakistan yang mempunyai kawalan ketat tentera adalah perjalanan sukar diharungi sehingga ada menggelark­an dia tidak siuman kerana misi ‘gilanya’ itu.

Namun, bagi Mahazizi Abdul Latif, 34, misi kayuhan bermula dari Kashgar, bandar paling barat China ke Lahore, Pakistan itu satu pengalaman indah dan bermakna apatah lagi sepanjang kayuhan dia disajikan pemandanga­n serta landskap semula jadi lebuh raya berkenaan yang selama ini diidamkan.

“Saya tidak peduli apa kata orang, asalkan saya puas dengan apa dilakukan,”katanya.

Jurutera Petronas berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini berkata, perancanga­n menyusuri Lebuhraya Karakoram dengan berbasikal bermula sejak 2014 dan 2015 namun tidak terlaksana disebabkan faktor kesihatan selain komitmen kerjanya.

“Ketika perancanga­n dibuat pada 2014 saya terpaksa menangguhk­annya kerana berdepan kecederaan di lutut ketika bermain futsal.

“Perancanga­n seterusnya dibuat pada tahun lalu namun saya masih tidak dapat melaksanak­annya kerana terikat dengan komitmen kerja sehingga awal tahun ini,”katanya ketika ditemui Harian Metro dalam program Hammock and Caravan Camping Gathering di Lubuk Yu, di sini.

Mahazizi berkata, demi misinya yang bermula pada penghujung April hingga pertengaha­n Mei lalu itu, dia membelanja­kan lebih RM10,000 wang simpanan untuk memenuhi impian berkenaan selain sumbangan rakan pejabat yang didermakan kepada mangsa banjir di Kashgar awal April lalu.

Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata, untuk ke Kashgar dia perlu menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Guangzhou, China.

“Dari Guangzhou, saya perlu mengambil penerbanga­n seterusnya ke Kashgar. Di Kashgar, titik permulaan kayuhan saya bermula untuk menyusuri Lebuhraya Karakoram yang terletak antara Kashgar dan Islamabad (Pakistan) iaitu sejauh 1,300 kilometer (km) sebelum menyambung

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia